Berita ini terdapat dalam Harakahdaily Bil 1315 20 Jamadilakhir – 5 Rejab 1427 /16-31 Julai 2006. Saya ingin berkongsi dengan pembaca kerana berita macam ni tidak ada dalamakhbar arus perdana.
KOTA BHARU: Kerajan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana pihak bagi membangunkan bidang sukan di negeri ini tanpa mengambil kira ideologi politik.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Fatah
Mahmood berkata, adalah menjadi matlamat kerajaan negeri tidak menjadikan halangan politik bagi pembangunan sukan di Kelantan.
“Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak untuk memaju da membangunkan lgi bidang sukan di negeri ini,” katanya di majlis Penghargaan Atlet Sukma Kelantan 2006, di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, pemenang pingat diberi insentif sebanyak RM1,000, pingat perak RM500 dan gangsa RM250.