Melentur Buluh Biar Dari Rebung

Pepatah Melayu menyebut “Melentur Buluh biarlah dari rebungnya”. Sememangnya persepsi dan falsafah orang Melayu itu ada kebenarannya. Mengapa tidak melentur semasa ia sudah menjadi buluh? Takut nanti ia akan pecah, patah dan rosak. Jadi hendak melentur maka perlulah dilakukan sejak ia masih di peringkat rebung lagi.
Begitu juga dalam apa-apa hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia, maka setiap perkara itu hendaklah dipupuk semasa masih muda kerana ia mudah melentur. Pendidikan, agama, sukan, kemahiran-kehamiran hidup dan sebagainya hendaklah dipupuk semasa zaman bayi lagi.

Dalam hal sukan adalah susah untuk membentuk semasa seseorang itu sudah menjadi dewasa. Ini kerana kemahiran-kemahiran dalam sukan memerlukan masa yang lama untuk dikuasai. Bagi melahirkan seorang juara ia memerlukan masa sekurang-kurangya 8-10 tahun. Ada kajian menunjukkan untuk menguasai sesuatu kemahiran seseorang memerlukan masa sebanyak 10,000 jam. Begitu juga kajian mendapati bahawa sesuatu lakuan itu dilakukan sebanyak 21 kali ia akan menjadi tabiat.

Utuk membentu seorang juara sukan maka ia perlu dilakukan di zaman kanak-kanak lagi. Kerana pada zaman inilah kanak-kanak yang memilikki raw skills perlu dibentuk agar dia akan mempelajari dan menguasai kemahiran yang betul apabila dewasa kelak. Oleh itu langkah menganjurkan sukan bermula di peringkat Tadika adalah satu langkah yang bijak.

Baru-baru ini saya menghadiri sukan Tadika Kasyiful Ulum, Seri Petaling, Kuala Lumpur. Walaupun sekolah agama tersebut bertujuan membentuk masyarakat Islam yang tinggi ilmunya, namun mereka tidak melupakan kehendak-kehendak semulajadi manusia iaitu beriadah. Nabi Muhammad S.A.W sendiri menjaga kecergasan diri baginda untuk membolehkan mengambil bahagian dalam peperangan mempertahankan syiar Islam. Andai kata Baginda tidak cergas mana mungkin boleh berperang dan membawa kejayaan kepada tentera Islam. Oleh itu untuk menjaga kecergasan diri adalah juga sunnah rasul kerana di zaman ini kita menjadi sihat dan cergas bukan sahaja untuk melalui perjalanan hidup seharian tetapi juga membolehkan kita beribadah dengan tekun.

Semoga usaha Sekolah Agama Kasyiful Ulum ini akan memupuk jaguh sukan yang bukan sahaja cemerlang dan gemilang dalam bidang sukan tetapi seorang jaguh sukan yang beriman dan mencelikkan mata dunia bahawa dengan menjadi Islam tidak semestinya tidak boleh menjadi seorang juara dunia. Cassius Clay yang memeluk Islam setelah beliau menjadi juara tinju dunia dan dikenali sebagai Muhammad Ali bukan satu-satunya juara dunia yang beragama Islam.
Insyaallah

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: