Bolasepak Lagi

Buletin Utama (TV3)….. satu lagi isu yang berkaitan dengan bolasepak. Bila kita memperkatanakan dan berbincang tentang bolasepak maka kita tidak akan terlepas dari mengaitkan FAM, badan yang mengawal sukan itu di negara kita. Mengikut laporan dalam segmen sukan tidak ada pegawai FAM hadir dalam satu Bengkel Perbincangan Program Pembangunan Bolasepak Belia Kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan MSN. Apa yang turut mengeciwakan lagi ialah hanya terdapat 12 orang sahaja hadir dalam bengkel tersebut.

Bolasepak adalah salah satu sukan yang disenaraikan ke dalam program Sukan Teras Majlis Sukan Negara, tetapi nampaknya tidak ada seorang pun dari FAM yang menguruskan sukan tersebut berbanding dengan lain-lain sukan di bawah program tersebut. Apakah FAM merasakan mereka tidak memerlukan MSN kerana boleh berdiri atas kaki sendiri kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia FAM pada 20 Julai lalu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan bin Abdul Aziz meminta FAM menghentikan segala aktiviti berkaitan Sukan Teras atas alasan perlu menyeragamkan proses pentadbiran dalaman MSN di antara program itu dan Tunas Cemerlang.

Sejak kelebakangan ini isu bolasepak dan FAM memang menjadi isu yang hangat diperbincangkan di mana-mana sahaja. Antara isu yang turut mendapat perhatian ialah apabila Tengku Mahkota meletakkan sasaran Malaysia akan ke akhir Piala Dunia 2018. Mungkin TM optimis dengan apa baginda sasarkan tetapi bagi peminat bolasepak umumnya ia adalah satu gurauan. Peminat bolasepak rata-rata tidak begitu yakin Malaysia mampu meletakkan diri antara pasukan yang terbaik di arena bolasepak, iaitu bermain di akhir Piala Dunia.

Saya pernah terlibat dengan program Tunas Cemerlang Majlis Sukan Negara semasa ia dilancarkan pada tahun 1989 dulu. Salah satu sukan dalam program tersebut ialah bolasepak. Tiba-tiba FAM mengambil program tersebut dan hendak bangunkan sendiri sebagai Tunas Bolasepak. Hari ini di mana program ini? Apa salahnya biarkan MSN bantu membangunkan sukan tersebut. Sepatutnya FAM memberikan sokongan kepada MSN kerana ingin turut membantu sukan mereka. Lagi ramai pihak yang terlibat dengan pembangunan sesuatu sukan, maka akan lahir lebih ramai pemain bolasepak.

Sama-samalah kita tunggu ranking pasukan negara seterusnya untuk bulan Ogos pula. Adakah ia akan kekal di tangga 146 ranking FIFA atau tangga kelima di kalangan negara Asean atau naik atau turun, kita tunggu dan lihat. Sampai bilakah kemelut bolasepak negara akan berterusan?

Memories in Hong Kong Part I

I first visited Hong Kong to attend a High Altitude Symposium in 2004 held at Hong Kong Sports Institute. Hong Kong is my second oversea destination on official assignment. Visiting a country where not many people speak English is a bit of a problem.

At The Peak

Hong Kong Ripley’s Believe or Not

Hong Kong Island in the background

Tahniah Nicol

Gambar dari Berita Harian online

Wajah ceria Nicol setelah memenangi Trofi JUARA Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB di Kompleks Skuasy Narional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

30 Julai 2006 ….hari ini Nicol berjaya membuktikan bahawa sentuhan juaranya masih belum tercalar dengan menjuarai Kejohahan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB buat kali kedua berturut-turut. Kemenangan ini begitu manis kerana ia mengembalikan Nocil ke ranking pertama dunia setelah menduduki ranking tersebut seketika tahun lalu. Nicol yang berusia 22 tahun telah mengalahkan Tania Bailey 9-4, 9-6, 2-9, 5-9, 9-3

Kejayaan ini membolehkan Nicol membawa pulang AS$6,317.50 (RM23,154.30) manakala naib juara berusia 26 tahun itu terpaksa berpuas hati dengan AS$4,488.75 (RM16,451.70).