Bolasepak Lagi

Buletin Utama (TV3)….. satu lagi isu yang berkaitan dengan bolasepak. Bila kita memperkatanakan dan berbincang tentang bolasepak maka kita tidak akan terlepas dari mengaitkan FAM, badan yang mengawal sukan itu di negara kita. Mengikut laporan dalam segmen sukan tidak ada pegawai FAM hadir dalam satu Bengkel Perbincangan Program Pembangunan Bolasepak Belia Kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan MSN. Apa yang turut mengeciwakan lagi ialah hanya terdapat 12 orang sahaja hadir dalam bengkel tersebut.

Bolasepak adalah salah satu sukan yang disenaraikan ke dalam program Sukan Teras Majlis Sukan Negara, tetapi nampaknya tidak ada seorang pun dari FAM yang menguruskan sukan tersebut berbanding dengan lain-lain sukan di bawah program tersebut. Apakah FAM merasakan mereka tidak memerlukan MSN kerana boleh berdiri atas kaki sendiri kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia FAM pada 20 Julai lalu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan bin Abdul Aziz meminta FAM menghentikan segala aktiviti berkaitan Sukan Teras atas alasan perlu menyeragamkan proses pentadbiran dalaman MSN di antara program itu dan Tunas Cemerlang.

Sejak kelebakangan ini isu bolasepak dan FAM memang menjadi isu yang hangat diperbincangkan di mana-mana sahaja. Antara isu yang turut mendapat perhatian ialah apabila Tengku Mahkota meletakkan sasaran Malaysia akan ke akhir Piala Dunia 2018. Mungkin TM optimis dengan apa baginda sasarkan tetapi bagi peminat bolasepak umumnya ia adalah satu gurauan. Peminat bolasepak rata-rata tidak begitu yakin Malaysia mampu meletakkan diri antara pasukan yang terbaik di arena bolasepak, iaitu bermain di akhir Piala Dunia.

Saya pernah terlibat dengan program Tunas Cemerlang Majlis Sukan Negara semasa ia dilancarkan pada tahun 1989 dulu. Salah satu sukan dalam program tersebut ialah bolasepak. Tiba-tiba FAM mengambil program tersebut dan hendak bangunkan sendiri sebagai Tunas Bolasepak. Hari ini di mana program ini? Apa salahnya biarkan MSN bantu membangunkan sukan tersebut. Sepatutnya FAM memberikan sokongan kepada MSN kerana ingin turut membantu sukan mereka. Lagi ramai pihak yang terlibat dengan pembangunan sesuatu sukan, maka akan lahir lebih ramai pemain bolasepak.

Sama-samalah kita tunggu ranking pasukan negara seterusnya untuk bulan Ogos pula. Adakah ia akan kekal di tangga 146 ranking FIFA atau tangga kelima di kalangan negara Asean atau naik atau turun, kita tunggu dan lihat. Sampai bilakah kemelut bolasepak negara akan berterusan?

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s