Siapa Terajui MAAU?

30 September 2006

Hari ini Mesyuarat Agung Tahunan MAAU berlangsung di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil. Apa yang ditunggu-tunggu ialah siapa bakal menerajui MAAU yang bermasalah apabila dikaitkan dengan melahirkan atlet bertaraf antarabangsa. Keputusan Kejohanan Terbuka MAAU yang berakhir di Pulau Pinang baru-baru ini adalah satu contoh.

Dua orang dilaporkan akan bertanding untuk jawatan Presiden iaitu Datuk Danyal Balagopal Abdullah dan Datuk Seri Shahidan Kassim setelah penyandang jawatan itu, Datuk Syed Aidid Syed Murtaza tidak akan mempertahankan jawatannya.

Persatuan sukan hendaklah dipimpin oleh mereka yang berkaliber dan benar-benar menjiwai sukan tersebut. Sekiranya ia dipimpin oleh seseorang yang hanya hendak mencari publisiti dan political mileage, maka ia akan terus dibelengu masalah.

Apa yang lebih penting ialah politik dalam MAAU adalah terlalu serius dan dan harus diselesaikan terlebih dahulu barulah mutu olahraga negara akan meningkat.

Datuk Ahmad Basri Digantung Lagi

Adalah amat malang sekali bagi bolasepak negara apabila Datuk Ahmad Basri Akil (DABA), Pengurus pasukan bolasepak Kedah setelah digantung lagi oleh badan induk sukan itu, FAM. Beliau digantung tiga tahun selepas menegur FAM melalui kenyataannya dalam Harian Metro pada 4 Stptember 2006 lalu yang mendakwa FAM silap dengan menutup Akademi Bolasepak pada tahun 2000. Sebagai peminat dan penyokong sukan negara bagi saya ini adalah satu kerugian kepada bolasepak negara yang sudahpun berada dalam keadaan tenat.

Nampaknya arus gantung mengantung sudah menjadi agenda utama kepada mana-mana anggota setiap kali menegur pemimpin atau persatuannya untuk kebaikan. Pada 28 September lalu Setiausaha Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Abd Zarin Md Yasin telah dipecat dari parti kerna tulisan beliau dalam blognya Sang Kelembai kerana menegur PM. Nampaknya di negara kita, semua orang hendaklah menjadi yesman kepada pemimpin.

Berbalik kepada DABA, saya rasa sepatutnya FAM menngambil sikap yang lebih positif dengan melihat sejauh mana teguran beliau boleh membantu FAM yang gagal dalam tugas melahirkan generasi pemain pelapis berkualiti. Jika Akademi FAM benar-benar memainkan peranan seperti tujuan penubuhannya, berapa ramaikah pemain pelapis yang dilahirkan. Jika Akademi tidak dapat melahirkan pemain-pemain pelapis seperti yang diharapkan maka ia sama baik seperti tidak ada akademi.

Pengantungan DABA selama 3 tahun itu adalah satu kehilangan besar dari segi pemimpin yang berkaliber dalam membangunkan mutu bolasepak negera. Beliau telah menunjukkan bukti yang kepimpinan beliau berjaya meningkatkan mutu bolasepak negeri Kedah di mana negeri itu telah menjadi Juara Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 melalui projek Hijau Kuning yang diusahakan oleh beliau. Selepas itu apabila beliau digantung oleh FAM atas sebab yang sama, iaitu mengur kepimpinan FAM, pasukan bolasepak terus tenggelam dalam arus kancah bolasepak negara sehinggalah musim ini apabila belia dibebaskan dari hukuman dan kembali memimpin pasukan Kedah.

Malaysia dan FAM khususnya memerlukan pemimpin seperti DABA untuk meningkatkan mutu bolasepak negara tetapi sudah lazim kita masih mempunyai sifat dengki apabila seseorang itu mula menunjukkan kejayaan. Sikap “orang lain mana boleh lebih dari aku” patut dikikis.

The Star 30 Sept 06 reports;

Explain or else I will take you to court, Basri warns FAM

PENANG: Kedah team manager Datuk Ahmad Basri Akil has threatened to take the FA of Malaysia (FAM) to court if his three-year suspension is not nullified.

HPTC in London Gets The Nod

The Cabinet Committee on sports has agreed to go ahead with the proposed High Performance Training Centre in Brickendonbury, which is to be the forward base for national athletes competing in Europe. However the contraversial issue of spending RM 490 million is hoped to be silenced since the intensity of the project is not as what has been debated. This is because there will be no extra cost to set up the training centre

There will be no new building since the centre will be using whatever is available at the Tun Abdul Razak Rubber Research Centre (TARRC).

Pic: The Star

Datuk Najib Tun Abdul Razak was quoted by The Star as saying;

“We have looked at several proposals and there are many benefits for our teams in having the HPTC. Football and cycling are two sports which can gain from a long stay at the HPTC. In London, they will get to compete against the Europeans and also there is a host of competitions for the cyclists to take part.

“We also want to see our junior football teams gain exposure in UK, especially the Under-17 and Under-20 boys,” said Najib at a press conference here yesterday.

The plan also includes getting the junior football teams to play in as many matches against the English club sides and take advantage of the many competitions in Europe.

Football, one of the eight core sports under the national agenda, has come under fire for the national team’s poor showing in international matches.

NST reports;

Datuk Najib, who chaired the Cabinet Committee for the Development of Sports yesterday, list out four possible elements had been outlined for athletes to use the training centre to win exposure in Europe.

They are:

• The centre becomes the anchor for the under-17 and under-19 football teams to play against clubs in the English Premiership and around Europe.

• The centre is used for short-term stints for sports like archery and in situations where athletes can train under foreign coaches who are unable to come to Malaysia.

• Cyclists based at the centre will train and compete in quality competitions in Europe.

• The centre acts as a transit point for athletes competing in the region, including pre- world championship training for the badminton squad.

“We also want feedback from national associations on how the centre can be utilised by them.”

The Squash Rackets Association Malaysia is likely to base its players at the centre again when they compete in the British Junior Open in January.

NST added ;

“We need to expose the athletes. Being based overseas will make them independent and since we have our own land, why shouldn’t our athletes use it.?

“No additional costs will be incurred as we will be using existing facilities. We have considered the views of the public on the matter, and we did not make a RM490 million proposal to the Cabinet (to build a sports complex).

“The figure was put forward by consultants but we never considered it,” she added.

Hotel Carlston Star, Seremban




I stayed at Carlston Star Hotel in Seremban a few times before this but this time the hotel had a new face lift. Once I stayed there, there were loud music coming from the floor below my room. Its the from karaoke on the 1st Floor.

This time around the karaoke is no more there. The hotel has been renovated and the rate is competitive compared to Seri Malaysia. A single/double standard room is just RM 70.00. Another plus for staying at the hotel is there’s a 24 hours Nasi Kandar Restaurant on the ground floor and parking is not a problem.

Kejohanan Badminton Dunia 2006

Kekalahan pasangan beregu campuran Wong Pey Tty- Koo Kien Keat pada separuh akhir menamatkan cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia di Palacio de los Deportes Madrid, Sepanyol. Mereka merupakan pemain negara yang melangkah paling jauh dalam kejohanan kali ini selepas harimau-harimau negara yang lain kecundang lebih awal.

Sudah pastinya BAM akan membuat analisis persembahan pemain negara selepas ini. Ianya bukan the end of the world bagi pemain-pemain tetapi perjalanan masih jauh untuk kembali menjadi jaguh dunia setelah kita mula memenangi Piala Thomas pada tahun 1949 dengan menewaskan Denmark 8-1. Walaupun Malaysia masih berada dalam kelompok Top 10 dalam dunia tetapi BAM harus berusaha untuk menjadi Top of the Top 10.

Oahraga- Hanya Empat Layak ke Doha

Hanya empat atlet sahaja yang layak untuk ke Sukan Asia di Doha pada Disember ini. Mereka ialah Mohd Robani Hassan (110m lari berpagar), Roslinda Samsu (Lompat Bergalah Wanita), Noraseela Khalid (400m lari berpagar) dan Ngew Sin Mei (lompar kijang wanita). Mereka layak atas merit.

Beberapa orang atlet yang diharap dapat melayakkan diri melalui Kejohanan Olahraga Terbuka MAAU di Pulau Pinang gagal menyinar dan dengan itu gagal mewakili negara. Mereka ialah Mohd Faiz (110 meter lari berpagar) dan Moh Siew Wei (100 meter lari berpagar). Keenam-enam atlet itu adalah merupakan atlet di bawah program Doha 206.

Secara keseluruhan nampaknya atlet olahraga negara masih lagi tidak dapat mengawal prestasi atlet dari Thailand dan sekurang-kurangnya ini membayangkan prestasi kita di Sukan SEA 2007 yang akan diadakan di Korat, Thailand.

Olahraga adalah merupakan sukan kedua yang sering diberikan perhatian oleh peminat sukan di negara ini selepas bolasepak dan kedua-dua dukan ini gagal menyerlah seperti yang diharapkan. MAAU masih ada masa lagi untuk membuat persiapan bagi Sukan SEA 2007 nanti. Tidak ada apa lagi yang dapat dibuat untuk Doha selain mengharapkan empat orang atlet yang layak itu menunjukkan prestasi mereka yang sebenar. Sementara yang lain perlu memberikan tumpuan terhadap persiapan tahun hadapan. Selepas ini atlet yang tidak layak ke Doha akan memasuki Fasa Transisi dalam periodisasi latihan mereka. Dalam Fasa ini jurulatih yang terlibat harus duduk dan lihat kembali di manakah punca atlet mereka tidak memberikan pencapaian seperti yang diharapkan.

Program Sukan Teras baharu sahaja bermula dan melalui program ini diharapkan lebih ramai atlet bakat baru dapat dilahirkan. Begitu banyak wang telah disediakan oleh kerajaan dan semua yang terlibat harus accountable terhadap wang tersebut.

Selepas Malaysia berjaya muncul sebagai juara Sukan SEA dalam temasya dwi tahunan itu di Kuala Lumpur pada 2001, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang menjadi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ketika itu telah menebut bahawa Sukan SEA bukan lagi prioriti kita. Saya memang setuju dengan Datuk Wira bahawa kita harus melihat lebih tinggi dari hanya juara peringkat serantau.

Sukan Asia Doha 2006 pada penghujung tahun ini seharusnya dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh manakah ‘Malaysia Boleh’ mampu bersiang di peringkat yang lebih tinggi. Di sini Sukan Asia adalah kejohanan besar yang terendah sekali untuk Malaysia menunjukkan kebolehannya dan bukan lagi Sukan SEA. Menjadi juara Sukan SEA sepatutnya dijadikan sebagai jaguh kampung sahaja.

The Power of The Mind

Pernah satu hari dahulu aku mendengar satu ceramah agama di mana penceramah telah memberitahu yang setiap manusia itu ada kuasa imajinasi. Mengikut beliau kuasa imajinasi itu akan menarik apa yang kita imajinasikan itu dan menjadi kenyataan. Apabila kita ingat pada seseorang, maka kuasa ingatan tiu akan mempertemukan kita dengan orang itu.

Apa yang berlaku pada saya telah mengingatkan kembali apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut.

Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk tugas resmi dan singgah untuk makan tengahari di Taman Mini Malaysia. Tiba-tiba seorang rakan yang saya teringat pada malam sebelumnya ada di tempat itu. Rakan itu dari Sabah sementara saya di Kuala Lumpur. Itulah “The Power of Imagination”

Asam Pedas Malacca Again

22 September 2006. Again I patronise Asam Pedas Hjh. Mona at Kota Laksemana in the city of Malacca. As usual I order the ikan kembong and a glass of iced lemon tea. One meal cost RM 5.00Pic 1: This is a set of Asam Pedas meal. Rice, cucumber, and salted egg is the basic dish. The choice of fish for the asam pedas gravy can be chosen according to patron’s taste bud.

Pic 2: Asam Pedas gravy with ikan kembong

Pic 3: Rice, cucumber and salted egg

Malacca – September 2006

I have posted a blog before this about the ‘beca’ in Melaka. This blog will give you an information of how much you have to pay to feel the experience of riding on one. The pic below is one of the beca lined up in front of The Stadhuys, one of the tourist spot in Malacca City.


The picture below shows the fare structure if you want to ride on one. The rate is fixed by the Malacca City Board.

Souvenir shops line up along the Stadhuys

Nasmizan Gagal ke Doha

Masmizan gagal melayakkan diri ke Doha 2006. Mungkin beliau masih belum bersedia kerana baharu sahaja pulih dari pembedahan akibat kecederaan. Semoga tidak ada sesiapa yang akan mengutuk dan memperlekehkan Nasmizan kerana kegagalan itu. Apa yang harus kita ingat ialah kita perlukan khidmat Nasmizan untuk jangka panjang bukan untuk Doha 2006 sahaja.

Selepas ini beliau masih ada masa untuk bersedia bagi menghadapi Sukan Sea 2007 di Thailand dan kalau ada rezeki di Sukan Olimpik Beijing 2008.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: