Laman sukan akhbar Kosmo membawa tajuk “Sudah Jatuh ditimpa Tangga”. Laporan seterusnya mengatakan Ketika kritikan terhadap prestasi skuad bola sepak kebangsaan terus melonjak, mereka bakal berhadapan dengan satu lagi ‘malapetaka’ pada Sukan Asia di Doha, Qatar hujung tahun ini.
Berita itu ialah kerana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan China, Oman dan pemenang kumpulan B. Dalam pusingan kelayakan Kumpulan B terdiri daripada Singapura, Indonesia, Syria dan Iraq. Kalau diperhatikan Syria dan Iraq adalah merupakan dua pasukan yang kuat dan jika salah satu darinya muncul juara maka perjuangan pasukan bolasepak negara menjadi semakin rumit.
Oleh itu FAM mula dari sekarang hendaklah mencipta strategi untuk tidak ‘dibelasah‘ oleh peminat bolasepak di Malaysia apabila kembali dari Doha bulan Disember nanti. FAM tentu sudah akur dengan kerenah peminat. Bila menang disanjung melangit, bila kalah cuba dipijak lumat.