masalah Jurulatih Selangor

Saya telah menerima email ini dari seorang jurulatih sukan negeri Selangor tetapi tidak ingin komen apa-apa;

JURULATIH TEMPATAN SELANGOR,
SEKSYEN 13 AKUATIK,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR D.E.

Kepada yang berkenaan; 11 September 2006

KETIDAKADILAN PENAMATAN KONTRAK OLEH MSN SELANGOR
Setelah memenangi kejuaraan keseluruhan SUKMA DI KEDAH 2006, MSN SELANGOR telah menamatkan kontrak kesemua jurulatih tempatan secara mengejut sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Ianya berlaku kerana kononnya pihak MSN SELANGOR ingin mengikut SKIM GAJI yang dikeluarkan oleh MAJLIS SUKAN NEGARA. Kami tidak menolak SKIM KEJURULATIHAN yang di bentangkan oleh pihak kerajaan. Bahkan kami gembira dengan SKIM tersebut. Ini kerana, ianya dapat membantu kami jurulatih tempatan berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Penamatan kontrak secara mengejut ini telah membuatkan kesemua jurulatih tempatan tidak berpuas hati kerana kami semua masih di dalam tempoh kontrak dan sekiranya ingin pun mengikut SKIM GAJI oleh MAJLIS SUKAN NEGARA, mengapa harus memberhentikan kami semua secara mengejut dan tanpa sebarang penjelasan yang kukuh. Sedangkan itulah satu-satunya periuk nasi kami sejak dari SUKMA yang lalu. Ada yang telah berkhidmat selama hampir 10 tahun.

Yang paling menyedihkan ialah kami semua tidak tahu bila kontrak baru akan diberikan dan ada yang mengatakan mungkin 2-3 bulan lagi. Khabarnya ingin menyelaraskan kesemua kontrak yang ada pada tarikh yang sama. Kalau ingin berbuat begitu pun, kenapa tidak dilakukan sebulan sebelum tarikh kontrak baru? Walhal gaji kami sudah ada bajetnya sehingga tamat kontrak. Kenapa berbuat sedemikian kepada kami jurulatih tempatan sedangkan itulah periuk nasi anak isteri kami.

Kami nak buat apa sehingga 2-3 bulan lagi? Jika kami tahu lebih awal, mungkin kami boleh melakukan sesuatu tetapi apakan daya kami. Kami hanya tahu mengajar sukan untuk negeri yang tercinta, SELANGOR D.E.

Kami mendapat tahu dari sumber yang boleh dipercayai di MSN SELANGOR sendiri, idea ini datangnya dari KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN iaitu EN. UJANG dan beliau adalah orang yang bertanggungjawab yang memberi idea ini kepada PENGARAH EXEKUTIF iaitu TUAN HAJI ZUBIR. Mengapa pengarah yang ada sebelum ini amat mengambil berat tentang jurulatih dan persatuan? Tetapi kali ini tidak oleh pengarah dan angkatan ketua bahagianya yang baru dipilih oleh beliau sendiri. Hampir kesemua ketua bahagian yang baru, kesemuanya adalah mereka yang tidak mahir didalam mendalami setiap sukan itu sendiri.

Mengapa di dalam kekalutan ini, TUAN HAJI ZUBIR serta EN. UJANG boleh keluar negara dengan sewenang-wenangnya? Walhal ada lagi masalah besar iaitu membantu menyelesaikan masalah jurulatih tempatan. Mereka berdua bagaikan melarikan diri dari tanggujawab dan tidak mahu langsung bersua kesemua jurulatih tempatan. Bila diajukan soalan kepada EN. UJANG, beliau mengelak dari menjawab serta meminta bertanyakan pada staff yang lain. Adakah ini caranya seorang PEMIMPIN memimpin pekerjanya dengan membiarkan segala masalah dijawab dengan sukar?

Untuk pengetahuan semua, tidak seorang pun dari ketua unit atau pegawai sukan bagi sukan masing-masing cuba membantu. Jika pihak umum ingin mengetahui, kesemua mereka bagaikan kelawar yang sembunyi di dalam gua. Tidak mahu membantu langsung atau memberi sebarang maklumat kepada kami. Kami jurulatih SELANGOR telah menyumbang bakti sekian lama dan kesetian kami pada negeri SELANGOR yang tercinta tak pernah luntur. Jika begini, kami perlu fikirkan apa yang perlu dibuat untuk menyara keluarga kami. Kesemua program pembangunan yang kami lakukan sukar untuk di teruskan kerana nak bergerak pun minyak kereta, tol, makan dan minum kena ada.

Katalah kami jurulatih serta persatuan, semua mencari kerja di negeri lain dan tidak mahu membangunkan sukan, adakah SELANGOR akan bergelar JUARA SUKMA lagi? Jawapannya pada anda semua. Harap dengan maklumat ini, pihak media, pihak kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar serta yang berkaitan dapat mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggujawab.

ADAKAH INI SELANGOR MAJU YANG KITA SEMUA IDAMKAN?

Soalan untuk semua;

Mengapa begitu sukar untuk menyatakan dengan jelas perkara sebenar kepada jurulatih?
Mengapa MSN SELANGOR tidak menghormati situasi jurulatih?
Mengapa TN HAJI ZUBIR dan kawan baiknya EN. UJANG menghilangkan diri disaat mereka diperlukan? Apa pentingnya ke luar negara jika masalah sendiri tidak selesai?
Bagaimana kami semua nak cari makan bagi yg buat kerja sepenuh masa?
Kenapa berhenti sekarang sedangkan bajet kontrak masih ada lagi dan itu adalah hak jurulatih.
ADAKAH ini yang dilaungkan oleh MENTERI BESAR kesayangan kita untuk bergerak maju sebagai negeri MAJU tetapi PENGARAH dan KETUA BAHAGIAN MAJU bergerak kebelakang?
Minta pihak media meneliti latar belakang mereka yang terbabit. Kami pasti tidak seorang pun layak untuk memegang jawatan tinggi di MSN SELANGOR ini.
Kami berharap agar pihak;

MENTERI BELIA DAN SUKAN
MENTERI BESAR SELANGOR
PIHAK KERAJAAN NEGERI
PIHAK MEDIA,

dapat membantu kami, SELIDIK dahulu dan anda semua pasti akan terkejut dengan banyak perkara lagi yang berlaku di dalam pengurusan MSN SELANGOR itu sendiri.
TOLONG BANTU KAMI jurulatih tempatan,
Sekian Terima Kasih.

SK:

1. MEDIA
BERITA HARIAN
NSTP
UTUSAN
THE SUN
NANYANG
THE STAR
MALAYSIAN TODAY
TAMIL NESAN
CHINA PRESS
TV3
NTV7
RTM
2. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
3. PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA
4. PEJABAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
5. MAJLIS SUKAN NEGERI-NEGERI;
PERAK
PENANG
KEDAH
PERLIS
KELANTAN
TERENGGANU
PAHANG
JOHOR
MELAKA
N. SEMBILAN
SABAH
SARAWAK
W. PERSEKUTUAN
SELANGOR

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: