Sasaran Malaysia 10 Emas di Doha

Berita di petik dari Mingguan Malaysia keluaran 17 September 2006 bertajuk Kontijen Sukan Asia diramal raih 10 emas.

Demikianlah seperti yang beritahu oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi. Malaysia menghantar seramai 221 atlet diramalkan mampu memungut pingat emas tersebut melalui 21 sukan yang disertai.

Skuasy diramalkan memiliki peluang terbaik untuk memungut dua pingat emas berdasarkan kehadiran pemain nombor satu wanita dunia Nicol Ann David dan dua pemain handalan lelaki Mohd Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.

Selain skuasy sukan-sukan lain yang diramal dapat menuai emas ialah olahraga, badminton, sepak takraw, tenpin bowling, berbasikal, karate-do, perahu layar, dan wushu.

Laporan Berita Minggu juga menyebut, ” Ramalan pingat menjadi isu yang sensitif dengan MOM sebelum ini menyatakan harapan untuk meraih antara 5-8 emas manakala Majlis Sukan Negara (MSN) belum mempunyai sebarang sasaran sehingga kini dan masih mencongak keupayaan atlitnya.”

Sama-samalah kita tunggu apa pula sasaran yang dibuat oleh MSN.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: