Oahraga- Hanya Empat Layak ke Doha

Hanya empat atlet sahaja yang layak untuk ke Sukan Asia di Doha pada Disember ini. Mereka ialah Mohd Robani Hassan (110m lari berpagar), Roslinda Samsu (Lompat Bergalah Wanita), Noraseela Khalid (400m lari berpagar) dan Ngew Sin Mei (lompar kijang wanita). Mereka layak atas merit.

Beberapa orang atlet yang diharap dapat melayakkan diri melalui Kejohanan Olahraga Terbuka MAAU di Pulau Pinang gagal menyinar dan dengan itu gagal mewakili negara. Mereka ialah Mohd Faiz (110 meter lari berpagar) dan Moh Siew Wei (100 meter lari berpagar). Keenam-enam atlet itu adalah merupakan atlet di bawah program Doha 206.

Secara keseluruhan nampaknya atlet olahraga negara masih lagi tidak dapat mengawal prestasi atlet dari Thailand dan sekurang-kurangnya ini membayangkan prestasi kita di Sukan SEA 2007 yang akan diadakan di Korat, Thailand.

Olahraga adalah merupakan sukan kedua yang sering diberikan perhatian oleh peminat sukan di negara ini selepas bolasepak dan kedua-dua dukan ini gagal menyerlah seperti yang diharapkan. MAAU masih ada masa lagi untuk membuat persiapan bagi Sukan SEA 2007 nanti. Tidak ada apa lagi yang dapat dibuat untuk Doha selain mengharapkan empat orang atlet yang layak itu menunjukkan prestasi mereka yang sebenar. Sementara yang lain perlu memberikan tumpuan terhadap persiapan tahun hadapan. Selepas ini atlet yang tidak layak ke Doha akan memasuki Fasa Transisi dalam periodisasi latihan mereka. Dalam Fasa ini jurulatih yang terlibat harus duduk dan lihat kembali di manakah punca atlet mereka tidak memberikan pencapaian seperti yang diharapkan.

Program Sukan Teras baharu sahaja bermula dan melalui program ini diharapkan lebih ramai atlet bakat baru dapat dilahirkan. Begitu banyak wang telah disediakan oleh kerajaan dan semua yang terlibat harus accountable terhadap wang tersebut.

Selepas Malaysia berjaya muncul sebagai juara Sukan SEA dalam temasya dwi tahunan itu di Kuala Lumpur pada 2001, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang menjadi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ketika itu telah menebut bahawa Sukan SEA bukan lagi prioriti kita. Saya memang setuju dengan Datuk Wira bahawa kita harus melihat lebih tinggi dari hanya juara peringkat serantau.

Sukan Asia Doha 2006 pada penghujung tahun ini seharusnya dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh manakah ‘Malaysia Boleh’ mampu bersiang di peringkat yang lebih tinggi. Di sini Sukan Asia adalah kejohanan besar yang terendah sekali untuk Malaysia menunjukkan kebolehannya dan bukan lagi Sukan SEA. Menjadi juara Sukan SEA sepatutnya dijadikan sebagai jaguh kampung sahaja.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: