Kekalahan pasangan beregu campuran Wong Pey Tty- Koo Kien Keat pada separuh akhir menamatkan cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia di Palacio de los Deportes Madrid, Sepanyol. Mereka merupakan pemain negara yang melangkah paling jauh dalam kejohanan kali ini selepas harimau-harimau negara yang lain kecundang lebih awal.
Sudah pastinya BAM akan membuat analisis persembahan pemain negara selepas ini. Ianya bukan the end of the world bagi pemain-pemain tetapi perjalanan masih jauh untuk kembali menjadi jaguh dunia setelah kita mula memenangi Piala Thomas pada tahun 1949 dengan menewaskan Denmark 8-1. Walaupun Malaysia masih berada dalam kelompok Top 10 dalam dunia tetapi BAM harus berusaha untuk menjadi Top of the Top 10.