Nampaknya arus gantung mengantung sudah menjadi agenda utama kepada mana-mana anggota setiap kali menegur pemimpin atau persatuannya untuk kebaikan. Pada 28 September lalu Setiausaha Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Abd Zarin Md Yasin telah dipecat dari parti kerna tulisan beliau dalam blognya Sang Kelembai kerana menegur PM. Nampaknya di negara kita, semua orang hendaklah menjadi yesman kepada pemimpin.
Berbalik kepada DABA, saya rasa sepatutnya FAM menngambil sikap yang lebih positif dengan melihat sejauh mana teguran beliau boleh membantu FAM yang gagal dalam tugas melahirkan generasi pemain pelapis berkualiti. Jika Akademi FAM benar-benar memainkan peranan seperti tujuan penubuhannya, berapa ramaikah pemain pelapis yang dilahirkan. Jika Akademi tidak dapat melahirkan pemain-pemain pelapis seperti yang diharapkan maka ia sama baik seperti tidak ada akademi.
Pengantungan DABA selama 3 tahun itu adalah satu kehilangan besar dari segi pemimpin yang berkaliber dalam membangunkan mutu bolasepak negera. Beliau telah menunjukkan bukti yang kepimpinan beliau berjaya meningkatkan mutu bolasepak negeri Kedah di mana negeri itu telah menjadi Juara Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 melalui projek Hijau Kuning yang diusahakan oleh beliau. Selepas itu apabila beliau digantung oleh FAM atas sebab yang sama, iaitu mengur kepimpinan FAM, pasukan bolasepak terus tenggelam dalam arus kancah bolasepak negara sehinggalah musim ini apabila belia dibebaskan dari hukuman dan kembali memimpin pasukan Kedah.
Malaysia dan FAM khususnya memerlukan pemimpin seperti DABA untuk meningkatkan mutu bolasepak negara tetapi sudah lazim kita masih mempunyai sifat dengki apabila seseorang itu mula menunjukkan kejayaan. Sikap “orang lain mana boleh lebih dari aku” patut dikikis.
The Star 30 Sept 06 reports;
Explain or else I will take you to court, Basri warns FAM
PENANG: Kedah team manager Datuk Ahmad Basri Akil has threatened to take the FA of Malaysia (FAM) to court if his three-year suspension is not nullified.