30 September 2006
Dua orang dilaporkan akan bertanding untuk jawatan Presiden iaitu Datuk Danyal Balagopal Abdullah dan Datuk Seri Shahidan Kassim setelah penyandang jawatan itu, Datuk Syed Aidid Syed Murtaza tidak akan mempertahankan jawatannya.
Persatuan sukan hendaklah dipimpin oleh mereka yang berkaliber dan benar-benar menjiwai sukan tersebut. Sekiranya ia dipimpin oleh seseorang yang hanya hendak mencari publisiti dan political mileage, maka ia akan terus dibelengu masalah.
Apa yang lebih penting ialah politik dalam MAAU adalah terlalu serius dan dan harus diselesaikan terlebih dahulu barulah mutu olahraga negara akan meningkat.