MAAU Dapat Presiden baru

Akhirnya MAAU mendapat seorang Presiden baru. Semoga dengan presiden baru sesuatu perubahan akan berlaku terhadap badan sukan tersebut. Apa yang menarik ialah Presiden itu menerajui beberapa persatuan sukan lain di peringkat kebangsaan dan juga negeri.

Persoalannya ialah mampukah seorang ahli politik yang sibuk itu menguruskan salah satu badan sukan yang menjadi perhatian peminat sukan di negara ini di samping kesibukan beliau sebagai Menteri Besar Perlis. Walau apapun, ahli gabungan MAAU telah membuat keputusan dan kemenangan Datuk Seri Shahidan Kassim ini akan menjadikan perhatian peminat sukan, khususnya olahraga terhadap MAAU lebih menarik.

Apa yang diharapkan Presiden baru ini akan memenuhi sasaran negara mendapat pingat dalam Olimpik 2012. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.