Petugas Sains Sukan Tidak Perlu?

Demikian dilaporkan dalam Berita Harian hari ini (Sabtu, 7 Oktober 2006) tajuk seperti di atas. Demikian disuarakan oleh pegawai persatuan-persatuan sukan yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Doha pada penghujung tahun ini. Mengikut laporan itu MSN ingin menghantar seramai 18 orang pegawai sains sukan untuk bersama-sama kontingen negara yang akan mengandungi 104 orang pegawai. Ini bermakna tempat untuk pegawai dari persatuan hanya tinggal 86 tempat sahaja.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai sukan seperti yang dilaporkan:

“Jika jumlah pegawai terhad dibenarkan penganjur, saya rasa keutamaan adalah untuk jurulatih dan pegawai teknikal ketika jumlah kecil petugas sains sukan untuk keseluruhan kontinjen sudah memadai,” kata Setiausaha Kehormat Persekutuan Hoki Malaysia (MHF), T Paramalingam.

“Saya tidak nafikan pentingnya peranan sains sukan, tetapi jika keadaan memaksa, kita boleh teruskan perjuangan tanpa mereka. Tetapi ianya berkesan jika dilakukan untuk membantu perenang sepanjang tempoh persiapan mereka,” katanya.

seorang pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menganggap petugas sains sukan mampu dikorbankan ketika kehadiran jurulatih dan pembantunya lebih penting untuk membantu pemain di tepi gelanggang.

Pasukan negara telah memberikan persembahan yang mengeciwakan dalam dua kejohanan yang penting tahun ini iaitu kelayakan hoki Piala Dunia di China dan kemudiannya Kejohanan Badminton Dunia di Madrid. Persamaan kedua-dua kejohanan ini ialah ia disertai dengan bilangan pegawai sains sukan yang ramai tetapi masih tidak membawa kejayaan. Oleh itu jelas penyertaan ramai pegawai sains sukan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pasukan negara. Apa yang lebih penting ialah jurulatih itu sendiri atau pembantunya dilatih untuk memainkan peranan sebagai “penyelidik” dalam semua kejohanan dan ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang berguna kepada mereka malah boleh menyelamatkan ribuan ringgit wang pembayar cukai dariapda membawa “pelancung” (mengintai peluang ‘melancong’ ketika khidmat petugas sains sukan tidak begitu diperlukan atlit serta persatuan-laporan sama dalam berita harian).

Atlet sebenarnya memerlukan khidmat sains sukan semasa persiapan dan di peringkat negara kita baharu sahaja mengenali sains sukan atlet dan jurulatih juga memerlukan khidmat pakar sains sukan semasa pertandingan. Semasa pertandingan ia lebih kepada aplikasi apa yang diberikan oleh khidmat sains sukan semasa latihan dahulu dan kehadiran team sains sukan semasa pertandingan pula boleh membuat penilaian on-site yang boleh menjadi sumber rujukan masa hadapan.

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: