Untuk menjadi cemerlang dalam sukan seseorang atlet itu hendaklah memilikki empat aspek berikut:
- Kecergasan Fizikal
- Kemahiran yang tinggi
- Taktik yang praktikal
- Mental yang kental
Berbalik kepada FAM tidak mewajibkan lagi pemain melepasi ujian kecergasan, ia adalah ibarat mengambil satu langkah ke belakang. Kalau kita perhatikan pemain-pemain kita beraksi di padang , nampak jelas mereka hanya cergas untuk bermain dalam separuh masa pertama sahaja sedangkan satu perlawanan bolasepak itu meliputi masa 90 minit sekurang-kurangnya. Melalui ujian kecergasan, kita akan dapat memilih pemain yang benar-benar cergas untuk bermain. Dan apabila cergas maka risiko kecederaan akan menjadi semakin kecil. Saya rasa pembatalan ujian kecergasan untuk bermain dalam Liga Malaysia kelak adalah satu durian runtuh untuk pemain bolasepak negara. Ia akan menghantar satu mesej bahawa tidak perlu lagi menjaga kecergasan kerana asalkan ada skill yang tinggi persatuan bolasepak negeri akan memilih mereka.
Selepas selesai musim bolasepak 2005/2006 lalu, pemain memasuki Fasa Transisi, iaitu fasa di mana mereka berehat secara aktif. Ini bermakna sekiranya mereka ingin dipilih semula untuk musim 2007 kelak, mereka hendaklah terus mengawal tahap kecergasan masing-masing agar melepasi ujian kecergasan yang akan dijalankan sebelum nama mereka didaftarkan. Dengan perkembangan terbadu ini, saya yakin pemain akan lebih relaks dari aspek menjaga kecergasan diri masing-masing.
Sepanjang pemerhatian saya dalam latihan pasukan bolasepak, ramai jurulatih tidak mengamalkan prinsip latihan yang sebenar iaitu prinsip spesifisiti. Kebanyakan jurulatih lebih memberikan penekanan terhadap aspek kemahiran dan sedikit sahaja masa untuk persediaan fizikal. Menyediakan atlet secara fizikal adalah satu latuhan khusus. Ini kerana latihan kecergasan juga mempunyai prinsip spesifisitinya tersendiri.
Seorang sahabat saya yang dilantik untuk menjadi jurulatih kecergasan bagi sebuah pasukan bolasepak negeri pernah menceritakan kepada saya satu pengalaman yang agak negatif daripada pemain bolasepak apabila dia melaksanakan latihan kecergasan.
“Coach, kami nak main bolasepak, bukan nak jadi atlet olahraga.”
Sama-samalah kita renungkan
Hm.. apsal sket je.. stop..join le ligakampung.blogspot.com
camtulah..FAM asik tukau2 format…camner ntah…harap2 jadilah ujian baru nie..kalau tak alamat ngabih boreh je lah