Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Datuk Azalina Othman Said kerana menjadi ahli Pertubuhan Sukan Wanita Antarabangsa (WSI). Pemilihan beliau adalah sebagai satu pengiktirafan persatuan dunia itu atas komitmen beliau membangunkan sukan wanita di negara ini. Semoga dengan keanggotaan beliau akan memacu lagi kegiatan sukan di kalangan wanita negara dengan melahirkan lebih ramai Zaiton Othnam, Marina Chin, M Rajamani dan Nicol David.