Peraturan Baru FAM – Positif untuk Kerjaya Jurulatih

Setiausaha Agung FAM, Dato Seri Ibrahim Saad telah menjelaskan peraturan baru FAM mengenai jurulatih yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mengendali pasukan yang menyertai Liga M. Menurut beliau, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap boleh mengendalikan pasukan bolasepak secara secondment. Ini bererti mereka dikehendaki mendapatkan pelepasan dari majikan masing-masing dan mengendali latihan secara sepenuh masa.

Peraturan ini sesuai kerana hari ini bidang kejurulatihan sudah boleh dijadikan sebagai satu kerjaya dan bukan lagi aktiviti sampingan atau hobi. Pada pertengahan tahun ini Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan pula telah mengimplementasi Skim Pekerjaan Jurulatih di mana mereka yang minat dengan bidang kejurulatihan boleh menjadikannya sebagai satu kerjaya.

Hasil daripada itu sudah nampak jurulatih-jurulatih yang selama ini menganggap jurulatih sebagai tugas memenuhi masa lapang mula serius. Unit Pendidikan Jurulatih Majlis Sukan Negara pula bagai dilanda arus besar apabila kursus kejurulatihan khususnya Kursus Sains Sukan meningkat lebih dari 100%. Setiap tahun Unit tersebut merancang hanya 5 kursus sains sukan sahaja tetapi sehingga Oktober 2006 mereka telah mengendalikan sebanyak 26 kursus Tahap I sahaja dan merupakan satu rekod yang tidak pernah dijangka. Di samping itu mereka yang telah menduduki Kursus Sains Sukan sejak tahun 90an lagi sudah kembali menyelongkar fail untuk mencari sijil Sains Sukan mereka dan tidak kurang juga yang menghubungi pegawai yang bertanggungjawab dengan Kursus Sains Sukan untuk mendapatkan salinan sijil yang hilang.

Perlaksanaan program Sukan Teras oleh Majlis Sukan Negara juga menjadi salah satu lagi peransang yang mengalakkan bidang kejurulatihan. Semoga arus yang melanda ini akan mengubah senario sukan tanah air.

Doha 2006 dan Adaptasi

Apakah sebenarnya yang ada di dalam fikiran DAGOC penganjur Sukan Asia 2006 Doha apabila menutup satu persatu gelanggang yang akan jadi venue pertandingan. Adakah ini satu taktik untuk memberi tekanan secara psikologikal kepada negara-negara yang akan mengambil bahagian dalam temasya terbesar bagi rantau Asia itu atau ada motif lain di sebalik menjadikannya kawasan larangan.

Skuad boling negara telah tidak dibenarkan menguji gelanggang boling di Pusat Boling Qatar dan berita terbaru ialah kawasan Teluk Doha yang akan menjadi gelanggang perahu layar pula menjadi sasaran. Pasukan negara telah mengambil langkah yang betul untuk menguji gelanggang lebih awal bagi membiasakan atletnya dengan persekitaran dalam apa yang disebutkan sebagai ‘acclimatisation. Acclimatisation adalah merupakan salah satu aspek yang ditekankan melalui sains sukan memandangkan tubuhnya dan sistemnya akan bertindak mengikut persekitaran semasa dan tindakan tubuh ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan pencapaian. Selain itu tubuh manusia juga mempunyai biological clock yang akan mempengaruhi perjalanan keseluruhan sistem tubuh manusia dan dalam sukan tubuh itu hendaklah diadaptasikan dengan masa semasa atlet akan bertanding.

Saya pernah ditanya oleh seorang jurulatih pasukan bolasepak sebuah negeri mengapa negerinya selalu tidak memberikan persembahan yang memberansangkan apabila bertandang dan bermain di sebuah negeri di Malaysia Timur. Sebaliknya apabila negeri tersebut datang dan bermain di sini (negeri jurulatih tersebut) pasti mereka akan dapat ditewaskan. Saya bertanya pada jurulatih tersebut di tempat lawan itu perlawanan dilangsungkan pukul berapa. Jurulatih tersebut memberitahu jam 4.45 petang. Saya tanya lagi pasukan awak berlatih pukul berapa. Dia menjawab selepas jam lapan malam. Jadi saya memberikan keputusan yang itulah sebabnya. Sistem tubuh pemainnya sudah serasi dengan persekitaran malam dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila bermain dalam persekitaran yang berbeza.

Berbalik kepada isu Doha 2006, skuad Sepak Takraw negara mungkin akan berhadapan dengan perkara yang sama apabila ia bercadang untuk bertolak ke Doha dua minggu lebih awal bagi tujuan ‘acclimatisation‘ dan berlatih di Kelab Sukan Al-Sadd yang akan menjadi gelanggang pertandingan Sukan Asia.

Larangan penggunaan gelanggang resmi Sukan Asia Doha itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Doha (DAGOC), Abdulla Khalid Al-Qahtani dalam laman web mereka yang meliputi kesemua gelanggang acara lain yang dipertandingkan.

Menurut laman web itu, larangan tersebut supaya mereka dapat berlaku adil kepada kesemua negara yang bertanding.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: