Tahniah Datuk Azalina

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Datuk Azalina Othman Said kerana menjadi ahli Pertubuhan Sukan Wanita Antarabangsa (WSI). Pemilihan beliau adalah sebagai satu pengiktirafan persatuan dunia itu atas komitmen beliau membangunkan sukan wanita di negara ini. Semoga dengan keanggotaan beliau akan memacu lagi kegiatan sukan di kalangan wanita negara dengan melahirkan lebih ramai Zaiton Othnam, Marina Chin, M Rajamani dan Nicol David.

FAM Batalkan Ujian Coopers

FAM tidak lagi mewajibkan pemain yang didaftarkan bagi musim depan untuk menjalani ujian kecergasan Cooper (Cooper Test). Demikian dilaporkan dalam Utusan Malaysia seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar.

Untuk menjadi cemerlang dalam sukan seseorang atlet itu hendaklah memilikki empat aspek berikut:

  • Kecergasan Fizikal
  • Kemahiran yang tinggi
  • Taktik yang praktikal
  • Mental yang kental
Sekiranya seorang atlet kekurangan dalam mana-mana satu komponen tersebut maka ia akan menjadi seorang atlet yang ‘cacat‘. Aspek kecergasan adalah amat penting bagi membolehkan seseorang atlet itu memberikan persembahan yang maksimum kerana aspek kecergasan fizikal akan mempengaruhi aspek-aspek lain dalam sistem tubuhnya. Apabila ia fizikalnya letih, maka otaknya akan menyebarkan keadaan itu kepada seluruh anggota tubuh dan kemudian akan berlaku ‘shutdown’ beberapa sistem. Sama seperti sekiranya aliran letrik yang berlaku litar pintas, maka akan berlaku ‘trip’pada suis dalam litar. Kemungkinan seluruh sistem akan ditutup.

Berbalik kepada FAM tidak mewajibkan lagi pemain melepasi ujian kecergasan, ia adalah ibarat mengambil satu langkah ke belakang. Kalau kita perhatikan pemain-pemain kita beraksi di padang , nampak jelas mereka hanya cergas untuk bermain dalam separuh masa pertama sahaja sedangkan satu perlawanan bolasepak itu meliputi masa 90 minit sekurang-kurangnya. Melalui ujian kecergasan, kita akan dapat memilih pemain yang benar-benar cergas untuk bermain. Dan apabila cergas maka risiko kecederaan akan menjadi semakin kecil. Saya rasa pembatalan ujian kecergasan untuk bermain dalam Liga Malaysia kelak adalah satu durian runtuh untuk pemain bolasepak negara. Ia akan menghantar satu mesej bahawa tidak perlu lagi menjaga kecergasan kerana asalkan ada skill yang tinggi persatuan bolasepak negeri akan memilih mereka.

Selepas selesai musim bolasepak 2005/2006 lalu, pemain memasuki Fasa Transisi, iaitu fasa di mana mereka berehat secara aktif. Ini bermakna sekiranya mereka ingin dipilih semula untuk musim 2007 kelak, mereka hendaklah terus mengawal tahap kecergasan masing-masing agar melepasi ujian kecergasan yang akan dijalankan sebelum nama mereka didaftarkan. Dengan perkembangan terbadu ini, saya yakin pemain akan lebih relaks dari aspek menjaga kecergasan diri masing-masing.

Sepanjang pemerhatian saya dalam latihan pasukan bolasepak, ramai jurulatih tidak mengamalkan prinsip latihan yang sebenar iaitu prinsip spesifisiti. Kebanyakan jurulatih lebih memberikan penekanan terhadap aspek kemahiran dan sedikit sahaja masa untuk persediaan fizikal. Menyediakan atlet secara fizikal adalah satu latuhan khusus. Ini kerana latihan kecergasan juga mempunyai prinsip spesifisitinya tersendiri.

Seorang sahabat saya yang dilantik untuk menjadi jurulatih kecergasan bagi sebuah pasukan bolasepak negeri pernah menceritakan kepada saya satu pengalaman yang agak negatif daripada pemain bolasepak apabila dia melaksanakan latihan kecergasan.

“Coach, kami nak main bolasepak, bukan nak jadi atlet olahraga.”

Sama-samalah kita renungkan

Petugas Sains Sukan Tidak Perlu?

Demikian dilaporkan dalam Berita Harian hari ini (Sabtu, 7 Oktober 2006) tajuk seperti di atas. Demikian disuarakan oleh pegawai persatuan-persatuan sukan yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Doha pada penghujung tahun ini. Mengikut laporan itu MSN ingin menghantar seramai 18 orang pegawai sains sukan untuk bersama-sama kontingen negara yang akan mengandungi 104 orang pegawai. Ini bermakna tempat untuk pegawai dari persatuan hanya tinggal 86 tempat sahaja.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai sukan seperti yang dilaporkan:

“Jika jumlah pegawai terhad dibenarkan penganjur, saya rasa keutamaan adalah untuk jurulatih dan pegawai teknikal ketika jumlah kecil petugas sains sukan untuk keseluruhan kontinjen sudah memadai,” kata Setiausaha Kehormat Persekutuan Hoki Malaysia (MHF), T Paramalingam.

“Saya tidak nafikan pentingnya peranan sains sukan, tetapi jika keadaan memaksa, kita boleh teruskan perjuangan tanpa mereka. Tetapi ianya berkesan jika dilakukan untuk membantu perenang sepanjang tempoh persiapan mereka,” katanya.

seorang pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menganggap petugas sains sukan mampu dikorbankan ketika kehadiran jurulatih dan pembantunya lebih penting untuk membantu pemain di tepi gelanggang.

Pasukan negara telah memberikan persembahan yang mengeciwakan dalam dua kejohanan yang penting tahun ini iaitu kelayakan hoki Piala Dunia di China dan kemudiannya Kejohanan Badminton Dunia di Madrid. Persamaan kedua-dua kejohanan ini ialah ia disertai dengan bilangan pegawai sains sukan yang ramai tetapi masih tidak membawa kejayaan. Oleh itu jelas penyertaan ramai pegawai sains sukan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pasukan negara. Apa yang lebih penting ialah jurulatih itu sendiri atau pembantunya dilatih untuk memainkan peranan sebagai “penyelidik” dalam semua kejohanan dan ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang berguna kepada mereka malah boleh menyelamatkan ribuan ringgit wang pembayar cukai dariapda membawa “pelancung” (mengintai peluang ‘melancong’ ketika khidmat petugas sains sukan tidak begitu diperlukan atlit serta persatuan-laporan sama dalam berita harian).

Atlet sebenarnya memerlukan khidmat sains sukan semasa persiapan dan di peringkat negara kita baharu sahaja mengenali sains sukan atlet dan jurulatih juga memerlukan khidmat pakar sains sukan semasa pertandingan. Semasa pertandingan ia lebih kepada aplikasi apa yang diberikan oleh khidmat sains sukan semasa latihan dahulu dan kehadiran team sains sukan semasa pertandingan pula boleh membuat penilaian on-site yang boleh menjadi sumber rujukan masa hadapan.

Langkawi Cable Car

Langkawi Cable Car is the latest addition a tourist must list out in their itenary. It is situated on the eastern side of the island. Nearby attractions is Pantai Kok, Datai and Oriental Village (where the base station is). The ride up to the top station is a thrill where you can see the lush green equatorial forest all the way up to the top station.

From the base station the cable ascends up past two towers and then up to the middle station. The incline is technically 42° according to the brochure, but the ride from the second tower up to the middle station feels almost like a vertical climb just a few feet away from the vertical rock face of the mountain.

On the way up to the middle station, you get a good view of the Telaga Tujuh (‘Seven Wells’) waterfall just north of the cable car line. The cable car was built without constructing any roads through the jungle. All the materials were lifted into place using helicopters.

At the middle station, having climbed 650 meters (about 2,150 feet) up from sea level, you can alight from the car to take in the view, or stay in the gondola while it makes a nearly 90° turn to head up to the top station. If you elect to step off, you can catch another gondola up to the top station on the other side of the control booth.

If you’ve managed to keep your lunch down on the way to the middle station, then the trip to the top station is easy. From the top you can see much of the island, its surrounding islands, and even Tarutao Island in Thailand to the north.

There is a small snack bar at the top station, which has a rather space-age look with its round viewing platforms.

Once at the top do not miss the opportunity to walk across the curved bridge suspended by a single truss. The bridge will give you another breathtaking view. To get to the bridge you have to walk about 500 metres down from the top station.

MAAU Dapat Presiden baru

Akhirnya MAAU mendapat seorang Presiden baru. Semoga dengan presiden baru sesuatu perubahan akan berlaku terhadap badan sukan tersebut. Apa yang menarik ialah Presiden itu menerajui beberapa persatuan sukan lain di peringkat kebangsaan dan juga negeri.

Persoalannya ialah mampukah seorang ahli politik yang sibuk itu menguruskan salah satu badan sukan yang menjadi perhatian peminat sukan di negara ini di samping kesibukan beliau sebagai Menteri Besar Perlis. Walau apapun, ahli gabungan MAAU telah membuat keputusan dan kemenangan Datuk Seri Shahidan Kassim ini akan menjadikan perhatian peminat sukan, khususnya olahraga terhadap MAAU lebih menarik.

Apa yang diharapkan Presiden baru ini akan memenuhi sasaran negara mendapat pingat dalam Olimpik 2012. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.