Hong Kong via Macau – Memories

On 23rd February 2006 I left for Hong kong to attend a Sports Conference at Sports House. Since it was on my own budget, I fly Airasia to Macau which is cheaper compared on MAS direct to Hong Kong. Thats my first visit to Macau, which was under Portuguese administration till 1999.

However when the plane entered Macau airspace, it can’t land because the landing strip and area around the airport is very foggy and the landing strip is not visible. Passengers were informed that we have to land at Hong Kong International Airport. Of course we can’t leave the plane and it was parked somewhere in the middle of nowhere at the airport (pic on right). Nobody leaves the plane because Airasia has no landing right in Hong Kong and if passenger embark they will be charged with trafficking illegal immigrants. So we have to sit in the plane. I think we landed at about 10.30 in the morning and only leave the airport at 3.00 in the afternoon. All that while I just had a bowl of maggi, can of coke and cheese sandwich. Only the sandwich is free. The rest I have to buy.

I read from the internet that I don’t have to leave the airport but can go straight to Hong Kong by ferry via the airport. Upon landing at the airport, I walk direct to the express link gate but then I was asked for the ticket. Well, I don’t know where to buy the ticket. So the officer asked me to go through the immigration check point and exit the airport.

I think I was lucky because then I can step foot on Macau. I go through the immigration (no need for a visa). Right outside I took a bus that goes to the ferry terminal. Of course I can see Macau as the bus go around and into the city. The ferry to Hong Kong took about an hour.

In Hong Kong I stayed at a hotel that I booked online at USD 95 per night and the room that I stayed is pictured right. Small and cramped. A small single bed with attached bathroom. The actual room is not like what they advertise on the internet.

Sukan Kegiatan Untuk Semua

Ya, sukan adalah aktiviti yang tidak mengenal status, ras, agama, usia dan gender. Melalui sukan seseorang itu boleh mencapai berbagai impian -menjadi glamour, sumber rezeki, kesihatan, mendapat kawan dan lawan dsb.

Walaupun sukan itu tidak mengira status seseorang, namum ada sukan-sukan yang tidak mampu disertai oleh golongan tertentu. Ada sukan yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan ada yang tidak. Saya menulis blog ini selepas membaca Utusan online di bawah tajuk Sukan udara bukan untuk orang kaya.

Utusan melaporkan;

‘‘Ramai yang menganggap bidang ini terlalu mahal untuk orang biasa. Faktor kemampuan menjadi hambatan kepada rakyat untuk menceburi sukan udara. Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya.

‘‘Persepsi bahawa ia adalah satu bentuk sukan udara hanya untuk orang kaya harus dihapuskan dan kita boleh anggap sukan udara dalam semua jenis cabang mampu disertai oleh semua golongan,’’ katanya semasa berucap merasmikan Karnival Udara Kuala Lumpur 2006 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Bukan nak pertikai tetapi kenyataan.

Kalau saya memperolehi pendapatan RM800 sebulan, adakah saya akan menggunakan sebahagian darinya untuk sukan udara atau main golf atau saya hendak beli makanan untuk keluarga. Jadi bukanlah ada sukan yang hanya mampu disertai oleh orang berada. Tidakkah itu sukan untuk orang kaya?

FESPIC Games KL06


Kehangatan Sukan FESPIC KL06 sudah terasa. Bagi mereka yang berada sekitar Kompleks Sukan Negara, suasana nya sudah terasa. KL06 ini akan berlangsung dari 25 November 2006 sehinggalah 1 Disember 2006.

Kepada para atlet OKU yang mengalas Jalur Gemilang semoga memberikan persembahan terbaik di gelanggan sendiri. Walaupun kehangatan sukan OKU ini tidak sehebat temasya besar lain, tetapi sumbangan anda kepada negara adalah cukup besar.

Bengkel Kejurulatihan Olahraga

Majlis Sukan Negara akan menganjurkan satu Bengkel Larian Pecut yang akan dibimbing oleh seorang jurulatih olahraga dari Jamaica. Jurulatih berkenaan ialah En. Lennox Graham yang melatih atlet-atlet di Kingston College, Jamaica.

Bengkel tersebut akan diadakan pada 30 November dan 1 Disember 2006 bertempat di gelanggang latihan Majlis. Jurulatih olahraga khususnya yang melatih atlet dalam acara pecut dan larian berpagar dijemput untuk datang. Penyertaan adalah percuma dan peserta akan disediakan makan dan minum sepanjang bengkel berlangsung.

Bengkel satu hari setengah itu akan bermula pada 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada 30 hbNovember dan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tenghari pada hari Jumaat.

Sementara itu pada 2 Disember pula En. Lennox akan mengendalikan pula satu klinik olahraga di Kuching, Sarawak.

Jurulatih yang berminat boleh menghubungi En. Zahari Baharum di Majlis Sukan Negara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Nombor untuk dihubungi ialah 019-3204144

Siapa Penyumbang Pingat Kita di Doha?

Siapakah yang dijangka menyumbangkan pingat kepada kita di Doha nanti? Majlis Sukan Negara mensasarkan atlet berikut:

  1. Nicol David,
  2. Ong Beng Hee atau Azlan Iskandar (skuasy),
  3. Sazali Samad (bina badan),
  4. Josiah Ng (berbasikal),
  5. berpasukan boling lelaki dan wanita,
  6. R. Puvaneswaran (karate)
  7. Ng Shin Yii-Chai Fong Ying (wusyu)
  8. Dr. Kevin Lim (pelayaran).

Daripada sembilan ini, cuma berbasikal dan pelayaran merupakan acara Olimpik malah badminton negara yang bertaraf dunia cuma disasarkan tiga perak dan dua gangsa di Doha

Dalam sukan badminton pula di mana Malaysia adalah bertaraf dunia, pingat dijangka dimenangi oleh:

  1. Lee Chong Wei (perseorangan lelaki),
  2. Fairuzizuan Tazari-Lin Woon Fui (beregu lelaki),
  3. berpasukan lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki)
  4. Kien Keat-Joanne Quay (beregu campuran).

Olahraga pula hanya disasarkan sebutir perak menerusi pelompat bergalah wanita, Roslinda Samsu dan sebutir gangsa daripada Noraseela Khalid (400 meter berpagar).

Liga M 2006-2007

Buat pertama kalinya, persaingan bola sepak berprestij negara, Piala Malaysia dijalankan hampir serentak dengan Liga Super, Perdana dan Piala FA

Piala Malaysia yang secara tradisinya menyambung pencapaian sekumpulan pasukan terbaik Liga Super dan Perdana musim yang sama, kali ini terbuka kepada 18 pasukan negeri dan kelab tempatan tetapi menyisihkan DPMM Brunei.

Tirai Liga Super musim 2006-2007 disingkap menerusi Perlawanan Sumbangsih antara Perlis dengan Pahang untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Kangar pada 16 Disember ini juga dikira satu persaingan yang berasingan dengan Piala Malaysia.

Pasukan yang dikira layak bertarung merebut Piala Malaysia yang sudah berusia 75 tahun (termasuk Piala Malaya) ditetapkan mengikut prestasi mereka pada Liga Super, Premier dan FAM sepanjang musim 2005-2006.

Piala Malaysia mulai 10 Februari hingga 9 September 2007.

Kumpulan A

Johor-Pasir Gudang, Selangor, Perlis, Kuala Lumpur, Telekom, Johor FC;

Kumpulan B

Pulau Pinang, Angkatan Tentera, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka

Kumpulan C

Sarawak, Kedah, Sabah, Pahang, Perak dan Polis.

Liga Super berakhir pada 29 Ogos 2007

13 pasukan iaitu Perlis, Pahang, Melaka, Telekom, DPMM Brunei, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu, Perak, Johor FC, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Liga Perdana.22 Disember hingga 28 Ogos

Polis, UPB-MyTeam, Shahzan Muda, PKNS, Kuala Lumpur, Angkatan Tentera, Kuala Muda Kedah, Kelantan, PLUS, Sabah dan Johor-Pasir Gudang

Piala FA (Kalah mati) 6 Februari hingga 25 Ogos 2007

Kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad ‘‘kami melangsungkannya hampir serentak bagi mengatasi masalah pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia, terpaksa membayar gaji pemain yang tidak lagi bermain.

‘‘Kami tidak akan menunggu habisnya liga lagi untuk melangsungkan Piala Malaysia seperti dulu. Apabila masuk sahaja pusingan pertama Piala FA, kami akan teruskan juga dengan Piala Malaysia.

Menurut beliau, FAM mahu mengembalikan nostalgia silam kegemilangan persaingan Piala Malaysia dengan hanya menyenaraikan kesemua pasukan negeri, dua ahli gabungan iaitu Polis dan Tentera serta dua kelab terbaik musim 2005-2006.

Sepak mula kesemua pertandingan ditetapkan pada pukul 8 malam kecuali bagi perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, 8.45 malam.

Tajaan Syarikat Rokok

Sebagai peminat sukan saya mengucapkan syabas atas ketegasan Tengku Abdullah mengenai isu MAFA hendak menjadikan syarikat rokok sebagai penaja pasukan bolasepaknya untuk musim 2007 nanti. Keinginan MAFA yang sudah tahu bahawa rokok dan sukan tidak boleh berada di gelanggng yang sama adalah ibarat hendak bermain dengan api.

FIFA sendiri sudah lama menolak penajaan syarikat rokok dengan permainan bolasepak sehingga kita hampir-hampir tidak dapat menyaksikan siaran langsung Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun kerana FAM masih menggunakan syarikat rokok sebagai penaja dalam Liganya.

Cadangan MAFA itu sendiri adalah bertentangan dengan kempen Tak Nak kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini.

“Mafa dinasihatkan mencari serta memilih penaja lain, bukan syarikat rokok kerana tindakan memilih syarikat terbabit sebagai penaja akan memberikan imej buruk kepada pasukan berkenaan.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: