Bintang Eropah Menyarung Jersi Malaysia

Ahmad Khawari Isa melaporkan dalam ruangan sukan di Berita Harian bertajuk “Bintang Eropah untuk Malaysia”

Dalam sukan moden aspek ini tidak boleh ditolak. Kita pernah memberikan kerakyatan kepada Yuan Yufang ang berasal dari Cina untuk mewakili negara dalam olahraga. Kita ada Irina Maharani yang dilahirkan di Ukraine, dan menjadi rakyat Malaysia pada tahun 1998 selepas memenangi kejohanan dunia spots pistol dalam tahun 1986. Nama asalnya Irina Kotcherova

Berita Harian melaporkan; Kemungkinan itu terjelma kerana Maloney – melakar sejarah apabila dipilih menerima dua anugerah, Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik Liga Scotland, musim lalu – dilahirkan di Miri, Sarawak.

Malah pemain berusia 23 tahun itu menghabiskan empat setengah tahun usia awalnya di bandar berkenaan sebelum berpindah bersama keluarganya untuk menetap di tempat kelahiran ibunya di Aberdeen, Scotland.

Sememangnya banyak negara telah mengimport atlet dari negara lain untuk menyarung jersi negara mereka sebagai langkah untuk merangkul kemenangan di peringkat antarabangsa, namun demikian bagi kita diharap langkah tersebut bukan sebagai satu rampasan hak untuk rakyat sendiri. Adalah lebih baik memberikan peluang sama rata kepada semua rakyat untuk bersaing bagi mendapatkan tempat dalam pasukan negara dan bukan memberikan keutamaan kepada bintang dari luar.

Kita harus berusaha untuk membangunkan potensi rakyat sendiri dan janganlah terlalu desperate untuk mencari kemenangan sehingga meletakkan orang kita di kelas kedua.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: