Sukan Adalah Sesuatu Yang Dinamik

Mula-mula dulu sepak kuda- maka ia dijadikan sebagai faktor utama pasukan negara tidak mampu mengalahkan Thailand yang hebat dengan sepakan Pakdee itu.

Perkembangan terbaru sukan sepak takraw ialah sistem servis. Kali ini sistem servis Tenis digunakan. Servis boleh dibuat dua kali sekiranya bola tersentuh jaring atau servis sekiranya bola terkeluar.

Petikan dari Harian Metro

Ia dilihat sebagai usaha `membunuh’ impian skuad sepak takraw negara mengutip pingat emas di temasya sukan empat tahun sekali itu selepas kali terakhir memenanginya di Hiroshima pada 1990, selepas mereka cemerlang memenangi acara antara regu di Sukan Sea Manila, penghujung tahun lalu apabila menewaskan Thailand di perlawanan akhir.

Mengapa gusar? Peraturan sama dikenakan kepada semua pasukan. Sukan Asia akan dilangsungkan lebih kurang sebulan lagi dan masih ada masa untuk membuatkan adaptasi kepada pemain. Sekurang-kurangnya tekong berpeluang membetulkan kesilapannya semasa membuat servis kali pertama.

Janganlah ia dijadikan alasan jika pasukan negara tidak mampu membawa balik pingat emas selepas memenanginya pada tahun 1990 d9 Hiroshima.

PSTM seharusnya menjadikan semua perubahan sebagai satu cabaran untuk meningkatkanlagi mutu sepak takraw negara dan bukan menjadikannya alasan untuk tidak memenangi perlawanan. Kalau Thailand boleh adakan R&Dnya mengapa PSTM tidak turut adakan R&D. Sukan adalah dinamik dan kita tidak boleh harus puas hati dengan kebolehan yang telah sedia ada. Sesuatu yang baru harus dicari.