Balik ke Miri ini, kedai makan bukan tak ada tetapi rasa was-was sikit. Orang Sarawak jangan marah. Bagi seorang Islam, makan-minum adalah merupakan perkara yang paling dijaga. Pernah ingat masa zaman muda dahulu sewaktu bertugas di Kota Marudu, Sabah, ada sekor ayam masuk rumah. Tak tahu ayam siapa. Aku dan kawan-kawan ambil keputusan untuk tangkap sahaja. Pendek kata curilah ayam tu. Walaupun ayam curi, kami sembelih sebelum masak dan makan. Tengok……
Jalan hampir setengah jam. Bila jumpa kedai, mereka dalam proses mencuci dan hendak tutup. Last-last jumpa one kedai yang sedang bersedia nak buka – Ming Cafe. Ada nasi tetapi masa sampai nasi belum masak, baharu lauk sahaja yang tersedia. Yang ada hanya murtabak. Jadi kami pesan murtabak saja. Murtabak pun mengenyangkan juga. Bulan puasa murtabak adalah hidangan wajibku setiap kali hendak berbuka.
Di Ming Cafe, sebiji harga RM3.50. Kira tebal juga. Alamak, aku makan tak habis pula.