Liga M 2006-2007

Buat pertama kalinya, persaingan bola sepak berprestij negara, Piala Malaysia dijalankan hampir serentak dengan Liga Super, Perdana dan Piala FA

Piala Malaysia yang secara tradisinya menyambung pencapaian sekumpulan pasukan terbaik Liga Super dan Perdana musim yang sama, kali ini terbuka kepada 18 pasukan negeri dan kelab tempatan tetapi menyisihkan DPMM Brunei.

Tirai Liga Super musim 2006-2007 disingkap menerusi Perlawanan Sumbangsih antara Perlis dengan Pahang untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Kangar pada 16 Disember ini juga dikira satu persaingan yang berasingan dengan Piala Malaysia.

Pasukan yang dikira layak bertarung merebut Piala Malaysia yang sudah berusia 75 tahun (termasuk Piala Malaya) ditetapkan mengikut prestasi mereka pada Liga Super, Premier dan FAM sepanjang musim 2005-2006.

Piala Malaysia mulai 10 Februari hingga 9 September 2007.

Kumpulan A

Johor-Pasir Gudang, Selangor, Perlis, Kuala Lumpur, Telekom, Johor FC;

Kumpulan B

Pulau Pinang, Angkatan Tentera, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka

Kumpulan C

Sarawak, Kedah, Sabah, Pahang, Perak dan Polis.

Liga Super berakhir pada 29 Ogos 2007

13 pasukan iaitu Perlis, Pahang, Melaka, Telekom, DPMM Brunei, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu, Perak, Johor FC, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Liga Perdana.22 Disember hingga 28 Ogos

Polis, UPB-MyTeam, Shahzan Muda, PKNS, Kuala Lumpur, Angkatan Tentera, Kuala Muda Kedah, Kelantan, PLUS, Sabah dan Johor-Pasir Gudang

Piala FA (Kalah mati) 6 Februari hingga 25 Ogos 2007

Kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad ‘‘kami melangsungkannya hampir serentak bagi mengatasi masalah pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia, terpaksa membayar gaji pemain yang tidak lagi bermain.

‘‘Kami tidak akan menunggu habisnya liga lagi untuk melangsungkan Piala Malaysia seperti dulu. Apabila masuk sahaja pusingan pertama Piala FA, kami akan teruskan juga dengan Piala Malaysia.

Menurut beliau, FAM mahu mengembalikan nostalgia silam kegemilangan persaingan Piala Malaysia dengan hanya menyenaraikan kesemua pasukan negeri, dua ahli gabungan iaitu Polis dan Tentera serta dua kelab terbaik musim 2005-2006.

Sepak mula kesemua pertandingan ditetapkan pada pukul 8 malam kecuali bagi perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, 8.45 malam.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s