Siapakah yang dijangka menyumbangkan pingat kepada kita di Doha nanti? Majlis Sukan Negara mensasarkan atlet berikut:
- Nicol David,
- Ong Beng Hee atau Azlan Iskandar (skuasy),
- Sazali Samad (bina badan),
- Josiah Ng (berbasikal),
- berpasukan boling lelaki dan wanita,
- R. Puvaneswaran (karate)
- Ng Shin Yii-Chai Fong Ying (wusyu)
- Dr. Kevin Lim (pelayaran).
Daripada sembilan ini, cuma berbasikal dan pelayaran merupakan acara Olimpik malah badminton negara yang bertaraf dunia cuma disasarkan tiga perak dan dua gangsa di Doha
Dalam sukan badminton pula di mana Malaysia adalah bertaraf dunia, pingat dijangka dimenangi oleh:
- Lee Chong Wei (perseorangan lelaki),
- Fairuzizuan Tazari-Lin Woon Fui (beregu lelaki),
- berpasukan lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki)
- Kien Keat-Joanne Quay (beregu campuran).
Olahraga pula hanya disasarkan sebutir perak menerusi pelompat bergalah wanita, Roslinda Samsu dan sebutir gangsa daripada Noraseela Khalid (400 meter berpagar).