Bengkel tersebut akan diadakan pada 30 November dan 1 Disember 2006 bertempat di gelanggang latihan Majlis. Jurulatih olahraga khususnya yang melatih atlet dalam acara pecut dan larian berpagar dijemput untuk datang. Penyertaan adalah percuma dan peserta akan disediakan makan dan minum sepanjang bengkel berlangsung.
Bengkel satu hari setengah itu akan bermula pada 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada 30 hbNovember dan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tenghari pada hari Jumaat.
Sementara itu pada 2 Disember pula En. Lennox akan mengendalikan pula satu klinik olahraga di Kuching, Sarawak.
Jurulatih yang berminat boleh menghubungi En. Zahari Baharum di Majlis Sukan Negara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Nombor untuk dihubungi ialah 019-3204144