Walaupun sukan itu tidak mengira status seseorang, namum ada sukan-sukan yang tidak mampu disertai oleh golongan tertentu. Ada sukan yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan ada yang tidak. Saya menulis blog ini selepas membaca Utusan online di bawah tajuk Sukan udara bukan untuk orang kaya.
Utusan melaporkan;
‘‘Ramai yang menganggap bidang ini terlalu mahal untuk orang biasa. Faktor kemampuan menjadi hambatan kepada rakyat untuk menceburi sukan udara. Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya.
‘‘Persepsi bahawa ia adalah satu bentuk sukan udara hanya untuk orang kaya harus dihapuskan dan kita boleh anggap sukan udara dalam semua jenis cabang mampu disertai oleh semua golongan,’’ katanya semasa berucap merasmikan Karnival Udara Kuala Lumpur 2006 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Bukan nak pertikai tetapi kenyataan.