Wikipedia adalah merupakan satu Ensaiklopedia dalam talian yang mudah dirujuk sekiranya anda dihubungkan ke internet. Sekiranya anda ingin merujuk maklumat Sukan Asia Doha 2006 sila lawat laman berkenaan
Day: December 12, 2006
Ruqaya Mencipta Sejarah Atlet Wanita Islam
Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m
The Star melaporkan : Al Ghasara became the first Bahrain-born champion at these Games when she burst down the home straight to win in 23.19 and add gold to the bronze she won in the 100m.
The 24-year-old student, who runs in leggings with her hair and neck covered with a white headscarf emblazoned with the Nike logo, raised her arms in triumph before dropping to her knees and kissing the ground.
“Thank God for this medal, for this great achievement for the Bahraini people,” she said. “I was very well prepared for this race and I was expecting a gold medal because this event is my speciality.”
Kejayaan Ruqaya ini harus menjadi iktibar kepada gadis dan wanita Islam di negara ini bahawa untuk bersukan bukan bererti mesti mendedahkan aurat. Kalau kita masih ingat dalam sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea, Florence Griffith Joyner dari Amerika Syarikat telah memakai pakaian yang menutup tubuh walaupun masih menunjukkan bentuk tubuh dengan jelas. Selepas itu saya telah menyarankan atlet saya untuk mengikut langkah sedemikian. Apa yang saya pernah sarankan kepada atlet wanita saya ketika itu ialah untuk memakai topi renang yang boleh menutup rambut mereka. Namun cadangan saya itu tidak diikuti oleh atlet-atlet saya kerana malu dan segan kerana pada masa itu tidak ada atlet bebruat demikian.
Utusan Online: Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara.
Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari.
Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.
Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.
“Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,” tegasnya.
Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah.
Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.