Dimana Bangganya Menyarung Jersi Malaysia?

Saya ingin bertanya sekali lagi, “Dimanakah bangganya menyarung jersi negara?” Mungkin ramai tidak menyedarinya bahawa sesiapa sahaja boleh menyarung jersi kebangsaan. Sesiapa sahaja boleh memakai jersi resmi kebangsaan.

Saya telah berbincang dengan seorang anggota PDRM sewaktu menghadiri satu kursus di PULAPOL, Jalan Semarak. Pegawai berkenaan telah berkhidmat di bawah UN di Kosovo dan semasa beliau berada di sana, beliau sempat bertukat-tukar pendapat dengan rakyat bekas negara Yugoslavia yang pecah itu. Mengikut beliau, di Yugoslavia, bukan semua orang boleh menyarung jersi negara jika tidak mewakili negara secara resmi. Oleh itu apabila seseorang atlet dapat mewakili negara, ia merupakan satu penghormatan yang cukup tinggi kepada bekas negara komunis itu. Oleh itu setiap rakyatnya berusaha bersungguh-sungguh untuk membolehkan mewakili negara dan dapat menyarung jersi negara atau memakai lambang negara.

Walaupun sukar untuk dilaksanakan di negara kita, apa yang dibangkitkan oleh pegawai polis itu patut dilihat secara positif. Kita masih boleh melakukan sesuatu agar sesiapa yang dapat menjadi atlet negara mendapat satu penghormatan yang sewajanya. Jersi negara patut dijasikan satu item yang elit dan dikawal. Penjualannya boleh dilesenkan dan dibawah kawalan. Mungkin kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara mencipta satu logo kebangsaan yang akan menjadi logo resmi negara dan sebagai barang kawalan. Patenkan logo dan jersi negara sebagai HakCipta dan sesiapa yang menyalahguna item tersebut boleh didakwa kerana melanggar Akta Hak Cipta atau Harta Intelek.

Dengan cara itu makan seseorang yang mewakili negara akan rasa lebih bangga kerana dpat memakai logo resmi negara.

Perlawanan Kedah-Sarawak di tunda

Hairan mengapa pihak Jawatankuasa Pertandingan FAM boleh menunaikan permohonan Sarawak untuk menangguhkan perlawanan yang telah diatur. Alasan permohonan Sarawak itu ialah kerana ketiadaan tempat untuk penerbangan balik ke Kuching selepas berkunjung ke Alor Setar memandangkan musim perayaan iaitu Krismas.

Dalam hal ini ia menunjukkan betapa tidak profesionalnya pengurusan pasukan Sarawak itu kerana tidak dapat mengatur perjalanan lebih awal. Jadual perlawanan telah disusun lama dahulu dan pada ketika itu sudah sepatutnya pengurusan pasukan sudah mengatur perjalanan pasukannya. Inilah kesannya jika mentaliti pengurusan pasukan mengamalkan urusan di saat akhir. FAM telah menaikkan taraf liga negara ke tahap profesional tetapi nyata banyak pihak tidak mampu melaksanakannnya secara profesional.

Bagi saya Azraai Khor ada alasan untuk merasa keciwa dengan FAM kerana kerja sambil lewa itu.