Ruqaya Mencipta Sejarah Atlet Wanita Islam

Sungguh gembira mengetahui bahawa pakaian yang menutup aurat tidak menghalang kejayaan dalam sukan. Tajuk dalam Utusan Malaysia berbunyi;

Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m

Ia menunjukkan bahawa dengan mengikut kehendak agama Islam dari aspek pakaian tidak menghalang ahli sukan untuk mencapai kejayaan. Pencapaian Ruqaya itu boleh dirakam sebagai satu sejarah Islam.

The Star melaporkan : Al Ghasara became the first Bahrain-born champion at these Games when she burst down the home straight to win in 23.19 and add gold to the bronze she won in the 100m.

The 24-year-old student, who runs in leggings with her hair and neck covered with a white headscarf emblazoned with the Nike logo, raised her arms in triumph before dropping to her knees and kissing the ground.

“Thank God for this medal, for this great achievement for the Bahraini people,” she said. “I was very well prepared for this race and I was expecting a gold medal because this event is my speciality.”

Kejayaan Ruqaya ini harus menjadi iktibar kepada gadis dan wanita Islam di negara ini bahawa untuk bersukan bukan bererti mesti mendedahkan aurat. Kalau kita masih ingat dalam sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea, Florence Griffith Joyner dari Amerika Syarikat telah memakai pakaian yang menutup tubuh walaupun masih menunjukkan bentuk tubuh dengan jelas. Selepas itu saya telah menyarankan atlet saya untuk mengikut langkah sedemikian. Apa yang saya pernah sarankan kepada atlet wanita saya ketika itu ialah untuk memakai topi renang yang boleh menutup rambut mereka. Namun cadangan saya itu tidak diikuti oleh atlet-atlet saya kerana malu dan segan kerana pada masa itu tidak ada atlet bebruat demikian.

Utusan Online: Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara.

Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari.

Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.

Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.

Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,” tegasnya.

Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah.

Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.


Low Cost Carrier Terminal – KL LCCT

5 December 2006 was my first time patronising the new Low Cost Carrier Terminal (LCCT). I was on my way to board a flight to Sandakan, Sabah on Air Asia. I have heard grouses about the new terminal in her initial opening stage but I think things has been settled. I was surprise the moment I arrived at the terminal. I did not expect to see so many people around. Upon entering the terminal, what came into my mind is the terminal is getting smaller and smaller. I don’t think the terminal can cater the needs of passengers with comfort in the near future. Low Cost Carrier is gaining popularity among low budget traveller and therefore the LCCT will be over crowded very soon. It was open barely a year now and is getting crowded already.
What I could see its only Air Asia operating at the terminal and when more Low cost carriers make their way to the LCCT it will be smaller still. After checking in which is very easy as one has just to show the ID, I head to lobby for something to eat. There’s Asian Kitchen, McDonalds and Coffee Beans. The Asian Kitchen is full and I wonder how crowded it will be during the festive seasons. They are signs that the MAB has to act fast to cater for the rising needs of air travellers especially with the coming of Visit Malaysia Year 2007, which is just round the corner.

Departure Lounge for domestic flights. There’s a convenience shoppe, a refreshment outlet and shoe outlet. More shops is coming in the way

The Domestic Check-in counters

Sepilok- Santuari Orang Utan

Sebenarnya tidak ada kaitan gambar di atas dengan gambar kecil di sebelah walaupun ia diambil di tempat yang sama. Dua makhluk di dalam kedua-dua gambar itu hidup dalam “alam” yang berbeza. Walaupun mengikut teori Darwin bahawa manusia berasal dari beruk, tetapi Al-Quran jelas menyatakan yang manusia dicipta sendiri oleh Allah dari tanah iaitu Adam sementara isterinya Hawa pula dari tulang rusuk Adam. Oleh itu sebagai orang Islam, Teori Evolusi Darwin hendaklah ditolak.
Gambar di atas menunjukkan pihak yang melawat pihak yang di dalam gambar kecil di sebelah. Yang satu menonton sementara yang satu lagi ditonton. Kedua-dua gambar ini diambil di Sepilok, Sandakan, Sabah iaitu santuari untuk memastikan hidupan spesis Orang Utan tidak pupus di muka bumi.

Dalam wikipedia diberikan penerangan berikut:

The orangutans are two species of great apes with long arms and reddish, sometimes brown, hair native to Indonesia and Malaysia . They are the only extant species in the genus Pongo and the subfamily Ponginae, although that subfamily also includes the extinct Gigantopithecus and Sivapithecus genera. The orangutan is an official state animal of SabahMalaysia. Their name derives from the Malay and Indonesian phrase orang hutan meaning “person of the forest”.[2][3] in

Orangutans are the most arboreal of the great apes, spending nearly all of their time in the trees, making a new nest in the trees every night. They are only found in rainforests on the islands of Borneo and Sumatra, even though fossils have been found in Java, Vietnam and China. Adult males are about 4.5 ft (1.4 m) tall and up to 180 lb (82 kg) in weight.

Sepilok terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Sandakan dan mengambil masa 20 minit perjalanan menghala ke arah jalan untuk ke Kota Kinabalu. Dari Lapangan Terbang sandakan pula ialah kira-kira 11 kilometer. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre adalah merupakan santuari yang terkenal yang membolehkan pelawat melihat Orang Utan dengan lebih dekat. Orang mengatakan jika datang ke Sandakan dan tidak sampai ke Sepilok seolah-olah tidak sampai ke Sandakan. Begitulah sinonimnya tempat ini dengan Sandakan. Santuari seluas 43 kilometer persegi ini terletak dalam satu kawasan hutan simpan Kabili-Sepilok. Di santuari ini, orang utan dibiarkan dan ajar hidup dalam habitat semulajadinya. Pelawat boleh masuk ke dalam habitat mereka melalui titian yang dibina khas yang mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki. Pelawat dibenarkan masuk sewaktu orang utan diberi makan iaitu jam 11.00 pagi dan 3.00 petang. Setiap pelawat tempatan (Sila tunjukkan Mykad) dikenakan bayaran RM 5.00 dan RM 10.00 untuk membawa masuk kamera. Sekiranya hendak masuk pelawat wanita dinasihatkan tidak memakai kasut tumit tinggi kerana laluannya licin dan boleh terperangkap di selah-celah lantai titi yang licin (gambar kiri) lebih-lebih lagi jika selepas hujan turun. Adalah dinasihatkan memakai kasut yang tapaknya berbunga.

Sanctuari ini dimulakan pada tahun 1964 asalnya untuk membantu orang utan yang dijadikan haiwan peliharaan dibebaskan untuk hidup berdikari di hutan rimba. Pusat ini ditadbirkan oleh Jabatan Hutan Sabah dan pada tahun 1988 dinaiktarafkan sebagai satu Bahagian di bawah Kementerian Pelancungan dan Pembangunan alam Sekitar. Hari ini pusat ini ditadbir dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.


Ranger sedang memberi makan kepada orang utan

Pelawat sedang melihat orang utan diberi makan.