Biasiswa Untuk Ahli Sukan

Atlet yang berjaya bukan sekadar bergantung pada kekuatan fizikal sahaja tetapi dibantu oleh otak yang bijak. Kita perlukan ‘a thinking playar’ . Biasiswa sukan yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu langkah yang wajar. Namun demikian jangan pisang berbuah dua kali. Beberapa ahli sukan negaa pernah ditawarkan biasiswa untuk belajar di luar negara tetapi sebaik sahaja memulakan pengajian, pencapaian mereka terus tenggelam.

Jeffery Ong, Faiznur Miskin, Nurul Huda Abdullah adalah antara penerima biasiswa sukan tetapi selepas menamatkan pengajian masing-masing, mereka terus tenggelam. Majlis Sukan Negara juga menaja ramai atlet untuk meneruskan pengajian mereka ke UPM sehingga membina asrama khas untuk mereka di UPM, namun selepas menamatkan pengajian di mana mereka dalam arena pertandingan. Semoga KPT tidak sekdar memberikab biasiswa tetapi juga memastikan atlet yang mendapatnya terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada suka negara.

Malaysian Dish Series 1

Malaysia is consider a food haven not only for tourist but for locals too. Anywhere in Malaysia you can have choices of food that tempt your taste buds and really irresistable. This is my first blog writing about food in Malaysia and I will write more in future as my effort to “sell” Malaysian Food to the world.

Nasi Kandar – as its name implies the food started as a hawker food where the seller will carry his load on both end of a yoke slung across his shoulder. The dish is rice eaten with curry, vegetables and choices of other options. Eventhough Nasi Kandar is a dish related to Penang Island or Pearl of the Orient in the north of Malaysia, it now has become popular throughout the country. Nasi Kandar Restaurants has emerged in other cities and town in Malaysia and not only on Penang island. Among the popular chain of nasi kandar restaurants are Subaidah Nasi Kandar, Pelita Nasi Kandar and Kayu Nasi Kandar.

Links that you can go to and read more about the dish

Pelita Nasi Kandar
Kayu Nasi Kandar
Raju Nasi Kandar
Answers.com
Virtualmalaysia

pictures on this page was taken from and credited to this site

MSN dan ISN dipisahkan

Itulah yang sedang hangat diperbincangkan di Bukit Jalil buat masa ini. Di mana-mana sahaja mereka yang berkenaan berbincang tentang halatuju kedua-dua institusi yang berkaitan dengan sukan di peringkat tertinggi di negara kita. Apakah perpisahan dua institusi tersebut akan membawa sukan negara ke era baru atau sebaliknya, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Kejohanan Bolasepak Asean 2007

Sekali lagi Malaysia kecundang di peringkat Separuh Akhir Kejohanan Bolasepak Asean selepas kalah kepada Singapura (4-5) yang berlanjutan sehingga ke penentuan melalui sepakan penalti. Walaupun kalah melalui sepakan penalti, keputusannya tetap kalah.

Oleh itu FAM perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan mutu pasukan negara sekiranya mempunyai misi untuk mara lebih jauh dalam arena bolasepak.

Walau apa pun peminat bolasepak seharusnya memuji persembahan pasukan negara yang berjuang shingga ke saat akhir sebelum tewas. Inilah yang dikatakan nasib tidak menyebelahi pemain pasukan kita.

Saya puas hati dengan pemain-pemain saya dan anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka berusaha keras untuk menang, tetapi dalam sepakan penalti apa sahaja boleh berlaku,’’ kata jurulatih Malaysia, Norizan Bakar. (dipetik dari Utusan online)

Malaysian Open Badminton Championship

The Proton Malaysia Open fold it net today and the newly gold medallist in Doha 2006 Kian Keat Khoo and Boon Heong Tan again fly high by beating the pair of Tony Gunawan and Chandra Wijaya in the finals. They beat the mixed pair (USA + Indonesia) 21-15, 21-18. Congratulation to both players for maintaining their form eventhough in terms of periodisation they might be in the transition phase. However in games of badminton, tennis and other sports that has competition all year round, do they have tha transition period?
However our uprising star Wong Mew Choo was beaten by Zhu Lin 21-15, 21-12.

Ke Johor Membantu Mangsa Banjir

Hari ini 1 Muharram, cuti umum untuk seluruh negara sempena Maal Hijrah. Tahun ini masuk tahun 1428 H dan sambutan di peringkat kebangsaan membawa tema Umat Cemerlang Ummah Gemilang. Semoga kedatangan tahun baru ini membawa keberkatan kepada Ummah yang semakin hari semakin tertekan secara fizikal mahupun mental.
Apa yang saya blogkan (ada ke istilah ini?) pada Awal Muharram ini bukanlah tentang sambutan tahun baru Islam tetapi perjalanan ke Batu Pahat untuk membentu mangsa banjir. Bantuan yang diberikan bukanlah besar sangat hanya membantu mengagihkan bahan makanan yang diusahakan oleh pihak ofisku.

Rombongan kami mengandungi seramai 18 orang termasuk 2 orang pemandu yang telah bertolak pada malam sebelumnya dengan lori untuk membawa barang yang akan disedekahkan itu. Rombongan diketuai oleh Ir Razak selaku Presiden Kelab kami dan beberapa orang pegawai yang mewakili bahagian-bahagian yang terdapat di Majlis Sukan Negara. Kami bertolak jam 8.30 pagi dengan dua buah kenderaan, sebuah van dan sebuah MPV. Destinasi ialah Batu Pahat.

Singgah untuk breakfast di R&R Seremban.

11.25 pagi sampai tol Air Hitam

Kami terus ke Parit Raja dan singgah untuk berehat di rumah Tn. Hj. Sabari di Simpang Tengah. Di rumah Tn. Hj. Sabari kami berehat sehingga selepas makan tengahari dan sembahyang zohor sebelum bertolak ke destinasi tujuan kami iaitu di Sri Pandan.

Pemandangan kawasan yang dilanda banjir bermula selepas kami meninggalkan pekan Parit Raja menuju ke destinasi. Walaupun banjir sudah tidak begitu teruk lagi, tetapi kesannya masih kelihatan. Di sebelah kanan ladang kepala sawit yang masih digenangi air dan di sebelah kiri rumah-rumah yang dibina di kawasan yang rendah masih lagi ditakungi air. Walaupun ada diantara ahli rombongan kami rasa excited melihat keadaan, tetapi saya saya ianya tidak seterus seperti keadaannya sewaktu banjir berada di kemuncaknya beberapa hari yang lalu.

Kami tiba di Sk Agama Sri Pandan dan pada ketika itu satu majlis kenduri kahwin sedang dijalankan. Sewaktu kami tiba statisk menunjukkan seramai 332 orang sedang berada di tempat itu.

Selepas memunggah barang kami bertolak balik tetapi sebelum itu telah dijemput untuk menikmati nasi kenduri. Rezeki tidak boleh ditolak. Walaupun kami masih kenyang kerana baharu sahaja makan tengahari di rumah Tn. Hj. Sabari, kami tidak menghampakan ‘tuan rumah’

Berada di penempatan itu sememangnya satu keadaan yang tidak selesa memandangkan keadaan yang bersesak-sesak dan sememangnya ia menganggu secara psikologikal. Pada masa kami berada di sana, di dapati kanak-kanak telah dihidangkan dengan aktiviti untuk menghilangkan kebosanan mereka. Mereka dihiburkan dengan aktiviti berunsur pendidikan dan ini sekurang-kurangnya dapat mengawal mereka daripada terperangkap dalam tekanan jiwa.

Saya tidak pasti sama ada pihak jawatankuasa di penempatan tersebut ada menganjurkan ceramah-ceramah berunsur keagamaan, kerana inilah masanya untuk menyampaikan seruan Ilahi kepada mereka sebagai usaha untuk mendatabahkan hati dan menyedari bahawa apa yang mereka hadapi itu adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya.

Selepas selesai memunggah barang kami bertolak untuk pulang semula le Simpang Tengah untuk berehat sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Kami meneruskan perjalanan melalui Senggarang tetapi apabila sampai separuh jalan, kami diberitahu bahawa air sudah naik melimpahi jalan dan dinasihatkan agar kenderaan ringan tidak melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berpatah balik untuk mengambil jalan lain ke Parit Raja.

Rombongan kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam sembilan malam dan tiba di Bukit Jalil pada jam 12.00 malam.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: