Bolasepak Tidak Jadi Ke Arsenal?

Berita Harian hari ini melaporkan lagi dan mengesahkan tentang projek latihan skuad bolasepak negara dengan Arsenal. Pengesahan ini dibuat sendiri oleh Robert Alberts, Pengarah Kejurulatihan FAM. Baca beritanya di sini.

Saya baru menghubungi pihak di Arsenal untuk mendapat maklumat mengenainya. Saya menggunakan orang hubungan yang saya kenali. Ketika ini, tiada siapa yang tahu mengenainya.

“Saya menghubungi Arsenal untuk bertanyakan persoalan itu, untuk mengetahui jika ada pihak yang tahu mengenai program latihan untuk skuad berkenaan,” Demikian dipetik kenyataan Robert Alberts.

Petikan dari Hertfordshire Mercury ;

An Arsenal spokeswoman said: “We have no knowledge of this training camp or these proposals. I can categorically say that we have not been approached by the Malaysian government.”

Apa dah jadi? Beberapa minggu lalu sebuah akhbar tabloid melaporkan bahawa projek Pusat Latihan Sukan Prestasi Tinggi di Brickendonbury belum tentu boleh berfungsi pada bulan April nanti memandangkan pelan untuk menaikkan taraf TARRC itu belum lagi diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan di sana iaitu East Herts Council.

Isu yang berkaitan boleh dibaca di sini dan juga…….

TRAINING STINT FOR NATIONAL UNDER-16 FOOTBALL TEAM – Arsenal says it’s unaware of proposal

Gunners ‘on target’ to train Malaysian team

High-performance centre for M’sian athletes in London a non-starter?

Has Najib been deceived?

Sports centre tells tale

Isu Gender Dalam Sukan

India memperolehi sebanyak 54 pingat dalam Sukan Asia Doha 2006 tetapi telah diarahkan untuk memulangkan sebutir pingat dan menjadikan jumlah pungutan pingat oleh kontinjen India tinggal 53. Ianya berbangkit apabila seorang atlet 800 meternya, S.Santhi telah gagal dalam ujian mengenalpasti gender semasa sukan terbesar di rantau Asia itu.

Selama ini ramai peminat sukan mengetahui tentang ujian dadah dalam sukan tetapi isu S.Shanti ini mungkin memberikan info yang baru bahawa terdpat juga ujian gender. Ujian ini adalah untuk mengesahkan jantina seseorang atlet khususnya atlet wanita yang mungkin seorang transgender. Transgender ialah seseorang yang dilahirkan lelaki tetapi kemudiannya menular jantina untuk hidup sebagai seorang wanita.

S shanti ini bukanya yang pertama khususnya di lapangan sukan India. Seorang jaguh 10,000 wanita India pada tahun 1986-87, Nanda Jadhav telah dipertikai jantinanya tetapi ujian membuktikan dia adalah wanita tulen. Pada tahun 70an seorang lagi atlet jarak sederhana India telah menukar jantinanya dan bertukar daripada Nani Radha kepada N Radhakrishnan.

Pada 18 February 2007, Reuters pula melaporkan dari New York berita tentang Renee Richards, seorang transeksual juga ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Persatuan Tenis Amerika syarikat kerana menghalangnya mengambil bahagian dalam kejohanan tenis Terbuka US kerana dirinya seorang transeksual. Baca juga di sini . Persoalannya adakah isu gender ini akan mula memeriahkan lapangan sukan seperti mana isu dadah dalam sukan.

Nisa’ Games 2007

Nisa’ Games 2007 telah dilancarkan dengan meriahnya di Kota Bharu, Kelantan. Kerajaan Kelantan telah berjaya menunjukkan bahawa mereka tidak mengabaikan hal ehwal wanita dengan menganjurkan Nisa’ Games untuk kaum wanita. Sukan Nisa’ 2007 disertai oleh golongan wanita dan ia merupakan satu peluang kepada golongan wanita menunjukkan kebolehan mereka yang sebenar tanpa kehadiran golongan lelaki.

Harakahdaily pula melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan kesal kerana YB Menteri Belia dan Sukan Dato’ Azalina Othman Said menolak undangan untuk menghadiri pembukaan Sukan bekenaan.

Tetamu undangan istemewa sukan tersebut ialah pemenang acara 200 meter wanita di Sukan Asia Doha 2006, Ruqqaya Al Ghasara.

Lain-lain berita berkaitan Nisa’ Games 2007.
Baca di sini.
Ruqqaya Al Ghasarah
The Star Report
Nisa’ web

Kuala Lumpur Monorail

One of the most convenient mode of public transport to move in Kuala Lumpur city is the KL monorail. It is part of the intergrated public transport system starting from Kuala Lumpur Central to Titiwangsa through major points in the city such as Time Square (Imbi station), Bukit Bintang and Chow Kit. To go to these places its better to take the monorail rather than the taxi because its fast and “jam free” especially during peak hours .

Bukit Bintang station. See accompany graphic for places of interest around this station.

Bukit Bintang Station is identified as Digi station (sponsor). This station was formerly Coca Cola.


Graphic 1 :Route map of the Kuala Lumpur integrated Express Rail Link (ERL), Light Rail Transit (LRT) and Monorail (KL monorail)

Graphic 2: Places of interest around monorail stations

Graphic 3 : Fare Table

Credit : All graphics downloaded from KL monorail website
Pictures : By blogger

Coaching Frontliners in Tourism Industry

I read an advertisement in the Travel section of NST (from the library)below an article Coaching Frontliners by Shanti Gunaratnam. The article was an interview with Corporate Coach CEO, micheal Heah. He was talking about educating educating Malaysian frontliners in the tourism industry. As a Malaysian I felt that I am responsible to woo tourist to my country as it helps build the economy. So I decided to call the company but was told that only those who are in the tourism industry can attend the 2 day course organised by Corporate Coach Sdn. Bhd.I am in the sports industry (government)

The reason in wanting to attend the course is that eventhough I am in the sports industry, I have the responsibility to help my country since we can also develop the area of Sports Tourism. Tourism is not only about travelling and see places. It is education, medical, business, sports etc. ,etc. Besides as a blogger who write about travelling, I can help promote my country through my writing and which be read throughout the globe. Does this help promote the country? However I was told to contact the Tourism Industry. Maybe because that ministry set the budget for the course.

Sukan Nisa’

Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan NGO NISA’ akan menganjurkan Sukan Wanita Malaysia (Nisa’ Games 2007) bermula pada 17 -18 Februari 2007. Tema sukan ini ialah Nisa’ Games For All. Ianya terbuka kepada semua wanita tanpa mengira agama dan bangsa. Dengar maklumatnya di sini.

Sukan-sukan yang dipertandingkan boling, badminton, bola jaring, futsal dan bola tampar.

Turut dijangka hadir ialah Ruqaya Al Ghasara, juara 200 meter Sukan Asia 2006 di Doha.

Ruqaya Al Ghasara

Ratu pecut Sukan Asia Doha 2006 dari Bahrain, Ruqaya Al Ghasara akan tampil di Kelantan pada 17 dan 18hb Februari 2007 nanti. Ia atas usaha kerajaan negeri Kelantan bersama Nisa’ Malaysia dan Majlis Bandaraya Kota Bharu (MPKB) yang akan menganjurkan Sukan Wanita Malaysia yang akan menghimpunkan seluruh wanita pelbagai latar belakang di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Bharu. Baca seterusnya
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: