Kalah Menang Dalam Sukan

Malaysia Sukar ulangi Kejayaan di Manila 2005. Demikian tajuk dalam ruangan sukan Berita Harian bertarikh 7hb Mac 2007. Di Manila Malaysia telah memenangi sebanyak 61 Emas, 50 Perak dan 64 Gangsa. Pada tahun 2007 ini Sukan SEA akan diadakan di Korat, Thailand.

Bagi peminat sukan majoriti yang nampak kejayaan negara ialah dari segi jumlah pingat yang dipungut. Mereka tidak kira kualiti pencapaian. Dalam Kursus Sains Sukan Tahap II di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan jurulatih didedahkan dengan konsep kalah menang dalam sukan. Tujuannya ialah agar jurulatih dapat menyampaikan konsep bahawa menang dalam sukan bukan sekadar ditentukan oleh keputusan perlawanan secara objektif. Jika dalam perlawanan bolasepak Pasukan A menjaringkan 2 gol sementara Pasukan B menjaringkan 1 gol, maka pasukan A dianggap menang. Itu secara objektifnya. Tetapi bagi seorang jurulatih mereka harus melihat lebih jauh dari itu. Walaupun Pasukan A dalam contoh di atas mengatasi lawannya dengan kelebihan 1 gol tidak semestinya pasukan B diaggap tewas dalam konsep Kalah Menang dalam sukan. Mungkin Pasukan memberikan persembahan yang lebih baik tetapi nasib tidak menyebelahi mereka menyebabkan mereka tidak dapat menjaringkan satu lagi gol untuk menyamai Pasukan A.

Sebagai seorang peminat sukan yang kritikal kita harus melihat kualiti persembahan dalam sesuatu perlawanan dan bukan sekadar keputusan.

Jika sekiranya Nazmizan mencatat masa 10.01 saat dalam larian 100 meter di Korat kelak tetapi keputusan objektifnya dia hanya memenangi pingat Gangsa, apakah kita kata Nazmizan tewas. Belum ada pelari pecut mencatit masa elektronik sebaik itu dan ini menunjukkan kualiti persembahan Nazmizam adalah lebih baik walaupun tewas secara objektif. Inilah yang harus kita lihat dalam menilai prestasi sesuatu pasukan.

Sehubungan dengan itu jika kontingen negara tidak mampu mencapai jumlah pingat yang sama seperti di Manila sekalipun, kita tidak seharusnya mempersalahkan Majlis Sukan Negara sebagai pihak yang bertanggungjawab menyediakan atlet negara. Kita harus lihat kualiti atlet yang bertanding dan hasil persembahan mereka. Jika pencapaian peribadi mereka meningkat dan lebih baik dengan mencipta masa, jarak atau mata yang tinggi, maka atlet-atlet itu harus diberi penghargaan. Kita yang sentiasa membuat teguran dan komen ini, adakah mampu melakukan apa yang atlet kita lakukan? Adakah kita sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan keluarga seperti mereka semata-mata untuk mengalas Jalur Gemilang dan mengibarkannya tinggi di arena antarabangsa. Kita janganlah diumpamakan sebagai Menang Sorak Kampung Tergadai. Jumlah pingat sahaja banyak tetapi kualiti pencapaian tidak sehebat mana.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: