Tahniah! Tahniah! Beregu Badminton Negara

Dua puluh Lima tahun kita menunggu untuk menjulang semula kejuaraan beregu dalam Kejohanan Badminton All England. Kali terakhir nama negara dijulang oleh pasangan adik-beradik Razif dan Jailani sidek. Dan kini nama negara semarak lagi. Pasangan Koo Kian Keat-Tan Boon Heong berjaya menewaskan beregu nombor satu dunia dari China, Cai Yun-Fu Haifeng, 21-15, 21-18. Walaupun semua orang gembira dengan kelahiran juara baru dari negara ini, kita juga tidak harus melupakan jurulatih mereka yang boleh diibaratkan sebagai akitek kejayaan seseorang atlet. Jurulatih biasanya berada di belakang tabir. Apabila atlet berjaya mereka dilupakan sementara apabila atlet tewas jurulatih yang menanggung kritikan.

Kejayaan pasangan ini adalah satu contoh kerjasama baik antara pemain (Kien Keat/Boon Heong) dan jurulatih (Rexy Mainaky/Yap Kim Hock) dan semua pihak terbabit yang menyumbang dalam kejuaraan mereka seperti khidmat sokongan sains sukan dan sebagainya.

“Pada masa sama, janganlah lupakan jasa jurulatih lama seperti Low Kean Tiong (bekas jurulatih Boon Heong) yang membimbing dari peringkat awal hingga sampai ke tahap sebegini,” demikian kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan bin Abdul Aziz.

Berita-berita kejayaan mereka
Harian Metro
Atlet Negara Wajar Contohi……..
New All England champion
PM thanks Khoo

Kredit Gambar: Berita Harian Online


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s