Presiden MOM

Buat pertama kalinya Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengambil langkah bijak untuk menarik diri dari bertandingan jawatan Presiden MOM. Sejak nama beliau disebut-sebut dan kemudian dicalinkan ramai peminat sukan tersenyum sinis dan mengelengkan kepala mengapakah perlunya beliau bertanding. Ramai tidak memahami mengapa beliau begitu berminat untuk memegang begitu banyak jawatan dalam sukan disamping tugas utama beliau sebagai Menteri Besar Perlis yang lebih penting dari menjadi Presiden Persatuan sukan.

Tidak pasti mengapakah persatuan yang mencalonkan beliau mengambil langkah berkenaan. Apabila nama beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden KOAM dahulu, ramai peminat sukan khususnya dalam bidang olahraga tahu apa motif sebenar dan politik mereka yang mencalonkan beliau lalu memenanginya. Adalah diharapkan persatuan-persatuan sukan tidak jadikan pertandingan jawatan dalam sukan sabagai satu mockery dan menjejaskan mutu sukan negara.

Berita Harian
Utusan Malaysia