Sukan Malaysia 2008

Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition) dan berkonsepkan ‘Mini Sukan Olimpik’ di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

Sukma ini memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di seluruh negara untuk menguji bakat dan kemampuan mereka dalam sukan prestasi tinggi dan ia juga merupakan salah satu pintu untuk meletakkan diri sebagai atlet negara.

Tahun 2008 SUKMA akan diadakan di Terengganu mulai 27 Mei hingga 9 Jun.

Berikut laman-laman untuk dilawati bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sukan terbesar di Malaysia.

Laman web resmi SUKMA 2008.
Majlis Sukan Negara.
Institut Sukan Negara.