Tiara Beach Resort- Lautan yang selamat

Buat kali kedua aku mengunjungi Tiara Beach Resort di Temok Kemang, Port Dickson. Kali ini menginap selama satu malam dan pemergian untuk tugasan resmi. Tiara Beach Resort meletakkan dirinya sebagai:

Malaysia’s Largest Man-made Inland Sea Resort is the choice for fun …………..

A HOLISTIC PLACE TO BE for family vacations, active and exciting for the kids, it is yet peaceful and relaxing for you.

The playful side of Tiara is to have fun with lots to eat and drink with family and friends. You’ll be spoilt by our unique water base and recreational activities – water slides, building sand castles on our sandy beach or cycling within the resort. All under the sun!

Memang seperti dakwaannya, resort ini mempunyai sebuah pantai buatan dan dikelilingi oleh blok-blok apartment. Kolam mandi ini adalah cukup selamat kerana tidak begitu dalam dan dalam keadaan berdiri bagi kawasan orang dewasa pun melebihi paras pinggang sahaja. Selain airnya yang jernih dan dapat dilihat hingga ke dasar, pihak resort menempatkan penyelamat di keliling kolam dan juga seorang berada di tempat tinggi yang dapat mengawasi kawasan kolam secara menyeluruh. Terdapat dua buah kolam dan satunya khusus untuk kanak-kanak.

Kolam permainan kanak-kanak- Credit.

Senamrobik di tepian kolam

Selain dapat mandi-manda, kanak-kanak dapat berhibur dengan berbagai pertunjukan dan persembahan. Malah ibu-bapa dan orang dewasa juga dapat berhibur dengan aktiviti-aktiviti dalam air dan atas pasir yang dianjurkan secara berterusan. Pendek kata berada di Tiara , anda tidak merasai masa berlalu begitu pantas.

Tiara sesuai untuk percutian keluarga kerana apartmennya menyediakan bilik yang luas di samping persekitaran yang selamat.

Pertunjukkan silap mata untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh join.

Liga Tidak Patut Tangguh

Adalah tidak wajar untuk menangguhkan liga yang sedang berlangsung sekarang. Sebarang penangguhan akan menjejaskan persiapan semua pasukan dan adalah tidak adil kepada pasukan dan pemain yang tidak terlibat dengan isu itu. Janganlah kerana nila setitik dituang susu sebelanga.

Jurulatih-jurulatih yang terlibat puna tidak bersetuju dengan cadangan tersebut seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Dengan menangguhkan pertandingan yang sudah hampir sampai penghujungnya pasti akan menimbulkan rasa keciwa kepada pemain yang tidak terlibat.

Persiapan sukan adalah satu persiapan jangkan panjang dan bukannya berlaku dalam masa satu dua bulan. Oleh itu apabila pemain direhatkan kerana penangguhan pertandingan, maka ia akan melibatkan kos yang bertambah kerana pengubahsuaian program latihan dan membentuk semula pemain khususnya dari segi fizikal.

Technorati Tags: , ,

Juara Dinobatkan Dalam Politik RTM

Malam ini Kedah mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar. Perlawanan ini boleh dianggap sebagai satu persembahan seorang Juara di majlis penganugerahan Piala Liga Super dan manisnya ia berlaku di gelanggang sendiri, di hadapan penonton sendiri dan memenangi dalam perlawanan itu walaupun permainan tidaklah sehebat mana dari kedua-dua pasukan.

Piala yang dimenangi oleh Kedah buat kali kedua berturut-turut ini disampaikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah selaku penaung Persatuan Bolasepak Kedah. Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah Ustaz Haji Azizan Razak.

Melalui siaran langsung yang disiarkan oleh RTM Saluran 1 itu, jelas nampak RTM mempolitikkan sukan yang bertentangan dengan semangat Dasar Sukan Negara. Seluruh negara yang mengikut siaran langsung itu dapat melihat dengan jelas sikap busuk hati RTM dan penerbitnya yang dengan sengaja cuba melindungi imej Menteri Besar Kedah sewaktu majlis penyampaian piala dijalankan. Pada majlis tersebut selain Tuanku Sultan mengalungkan pingat kepada pemain dan pegawai pasukan, Menteri Besar meletakkan bandana kepada pemain. Ia sebahagian dari protokol penyampaian hadiah pada malam ini. Tetapi RTM yang busuk hati itu sengaja closeup pada Tuanku dalam usaha melindungi YAB MB. Andaikata MB pada malam ini ialah dari BN sudah pasti gambar beliau akan terakam bersama seperti lazimnya dalam majlis-majlis penyampaian hadiah.

Beberapa kali kamera sengaja dialihkan dengan pantas atau switcher menukar angle apabila ternampak wajah MB. Selalunya selepas sesuatu kemenangan bukan sahaja Jurulatih diinterview tetapi juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri berkenaan tetapi tidak dibuat demikian pada malam ini. Ini adalah kerana Presiden Persatuan Bolasepak Kedah adalah seorang pemimpin parti PAS.

Larian Obor Sukan Olimpik

Hari ini obor sukan olimpik sudah sampai ke Kuala Lumpur. Obor itu yang tiba di KLIA pada jam 2.30 pagi melalui penerbangan khas dari Thailand dan diiringi oleh Naib Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Jiang Xiaou. Pesawat khas tersebut telah membawa obor itu ke semua 19 destinasi yang dirangka di seluruh dunia dan akan berakhir di Beijing pada 8 Ogos untuk pembukaan Sukan terbesar di dunia itu.

21 April obor itu akan mengelilingi Kuala Lumpur pula bermula di Dataran Merdeka.

RM130mil boost for new multi-purpose halls

The Star report by Lim Tiek Huat

PUTRAJAYA: The Sports Ministry will spend RM130mil to build 1,300 multi-purpose halls in all districts in Malaysia in a bid to encourage greater participation among the youths in sports.

Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob announced this after chairing the post-Cabinet meeting yesterday.

First International Beach Football Meet

THE first Malacca International Beach football 2008 will be held at the Klebang beach from Oct 13-19

“With teams from South America, Europe and Asia, I am sure the tournament would turn out to be a major sporting event and become a tourist attraction.

“It will also be the first time that a beach football tournament will be held in our State,” said Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam. More……..

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: