Cakap Pasal Pembangunan Bolasepak

Sebut saja bolasepak negara, pasti ramai akan melihat pada prestasi pasukan kebangsaan kita yang menduduki ranking (Feb 2008) 164 dunia. Zaman kegemilangan pasukan kebangsaan kita sudah lama ditinggalkan. Pasukan yang dahulunya dianggap sebagai pasukan yang mudah ditewaskan oleh pasukan negara kini sudah menjeakkan kaki ke Piala Dunia sementara kita masih lagi terkial-kial di peringkat serantau lagi.

Orang akan bertanya apa sudah jadi? Macam-macam program dibuat tetapi nasib bolasepak negara tetap tidak berubah.

Mengikut cara saintifik, untuk mendapatkan sebuah pasukan yang mantap, kita perlu ada banyak pilihan. Ratio seorang pemain kebangsaan dengan sumber pemain hendaklah tinggi. Namun apa yang berlaku di Malaysia ialah sebaliknya. Kita lebih sukar memilih pemain yang tetap dari sekarang untuk bermain bagi negara lima atau enam tahun yang akan datang.

Salah satu contohnya ialah Soccer Kids yang mendapat pendedahan luas di kaca tv. Selepas diadakan road tour untuk memilih pemain berbakat di seluruh negara, maka hanya 24 orang sahaja dipilih untuk dilatih di Kuala Lumpur. Mereka ini diharapkan akan bermain untuk negara lima enam tahun akan datang. Inilah satu kesilapan yang kita tidak pernah belajar. Persoalannya mengapa hanya 24 orang dari beribu yang menghadiri sesi pemilihan?

Adakah 24 orang ini akan dapat bertahan sehingga mereka berusia awal 20an? Tidak kah kita fikir tentang masalah kecederaan, pendidikan, kehilangan motivasi, drop out dan lain-lain masalah yang di luar jangkaan. Sepatutnya kita belajar dari kegagalan MyTeam.

Negara mempunyai ramai pemain yang berbakat di seluruh negara tetapi kerana nasib tidak baik mungkin mereka gagal dalam pemilihan. Mengapa tidak mereka itu juga diberikan masa dan peluang untuk mewakili negara. Kini dengan terbentuknya pasukan Soccer Kids, seolah-olah sudah ditutup peluang untuk kanak-kanak lain mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan.

Soccer kids adalah satu program pembangunan yang baik, tetapi cara perlaksanaannya akan mengagalkan usaha kita. Tidakkah lebih baik dikumpulkan semua peserta yang menghadiri sesi ujian tanpa mengira jumlahnya. Kanak-kanak ini tidak semestinya dibawa ke Kuala Lumpur dan kemudian selepas selesai sesi latihan, mereka akan balik ke negeri masing-masing. Akhirnya Soccer Kids hanya satu usaha untuk mencurahkan wang ke daun keladi.

Pemain-pemain yang terpilih dari sesi uji bakat ditempatkan di negeri masing-masing. Setiap negeri ada pusat latihan untuk Soccer Kids. Tidak ada sesiapa pun dalam pusat latihan itu terjamin tempatnya di dalam pasukan negara dalam masa lapan hingga sepuluh tahun akan datang. Oleh itu mereka akan sentiasa berlatih untuk meningkatkan lagi prestasi masiong-masing.

Jika setiap negeri ada 24 orang kanak-kanak Soccer Kids ini, maka di seluruh negara kita sudah ada sekurang-kurangnya 360 orang untuk dipilih. Bagi meramaikan lagi kita ujudkan beberapa kelompok. Jika kita ada lima kelompok pun setiap negeri kita sudah ada 1800 orang pelatih. Daripada jumlah itu bukankah lebih senang untuk kita memilih hanya 24 orang untuk membentuk pasukan negara sepuluh tahun dari sekarang? Itu pengiraan kasar sahaja. Tentu jumlah sebenar akan lebih dari itu.

Kita juga menyedari bahawa Kementerian Pendidikan pernah menghantar dua pasukan pemain bawah 12 tahun untuk ke kejohanan Piala Danone di Eropah. Pemain ini sudah mendapat pendedahan antarabangsa dan sewajarnya mereka ini dikekalkan sebagai satu pasukan. Kini kita sudah ada dua pasukan, satu 12 tahun dan satu lagi 13 tahun. Tetapi apa sudah jadi dengan kedua-dua pasukan itu?

Dulu kita juga pernah ada pasukan Harimau, Pasukan Olimpik, Pasukan Remaj Dunia. Apa sudah jadi? Selesai kempen pasukan pun dibubarkan. Inilah kesilapan kita. Jadi janganlah bertanya apa sudah jadi dengan mutu bolasepak kita? Sebenarnya kita sendiri khususnya FAM yang merosakkan mutu bolasepak kita. Itu belum diambil kira faktor politik dalam bolasepak.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s