Menjana Atlet Profesional

Hari ini aku telah menghadiri program seminar kecemerlangan sukan dengan tajuk “How To Become A Professional Sports Athlete” dan disampaikan oleh En. Hallam Pereirra dari Australia. En Hallam adalah merupakan seorang perunding sukan yang dibawa semasa YB Datuk Azalina menjadi Menteri Belia dan Sukan di mana satu MOU telah ditandatangani antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Australian Institute of Sports.

Dalam seminar tersebut En Hallam telah berkongsi pengalaman Australia dalam melahirkan atlet di peringkat dunia malah dengan sebuah negara yang kecil mampu menduduki tempat keempat dalam beberapa Olimpik. Australia dikatakan sebuah negara kecil memandangkan jumlah penduduknya hanya lebih dari 20 juta sahaja. Malaysia mempunyai 27 juta orang penduduk.

“Malaysia is a country that is climbing in sports.” Demikian kata Hallam semasa memulakan bicaranya. Maksudnya ialah negara ini sebenarnya sedang dalam proses mendaki tangga kecemerlangan sukan dan beliau memberikan pencapaian negara di Sukan SEA. Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dalam Sukan SEA. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah antara negara yang kecil berbanding lain-lain negara. Namun kita dapat mengalahkan Indonesia yang beberapa kali lebih besar. Dari segi pencapaian dalam jumlah pingat juga Malaysia semaki nmeningkat. Inilah yang dimaksudkan dengan “stil climbing”. Bermakna kita pasti akan sampai ke kemuncak. Di peringkat Sukan Asia pun negara ini tidak ketinggalan cuma sekali sekala apabila atlet negara ini kalah dalam acara-acara subjektif, ialah kerana imej Malaysia yang belum gah seperti negara lain.

Untuk menjadi seorang atlet yang profesional, seseorang itu mesti mempunyai komponen-komponen berikut:

Speed, Strength, Endurance, Power, Agility.

Seorang atlet hendaklah memahami sukannya sendiri dan tahu keperluan dalam sukan itu. Contohnya, bagi sukan ginmastik, sudah semestinya ia memerlukan agility dan agility ini paling tinggi semasa seseorang itu di peringkat usia mudanya. Oleh itu seseorang atlet yang ingin berjaya hendaklah berusaha mengekalkan agilitynya. Begitu juga dengan komponen-komponen yang lain. Usaha untuk mengekalkannya ialah melalui latihan.

Sewaktu beliau melihat atlet Malaysia menjalani latihan, beliau ada memberitahu satu perkara yang tidak akan menjadikan mereka atlet yang profesional. Sebagai contoh beliau menyebut bagaimana atlet melakukan stretching atau regangan, mereka tidak melakukan secara bersungguh-sungguh. Sesi memanaskan badan adalah merupakan aktiviti yang penting dalam sesuatu latihan. Oleh itu ianya perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan serius.

Apabila berlatih seseorang atlet itu hendaklah berlatih sehingga ke dalam agony zone. Jurulatih pasukan hoki Australia, Dr Rick Charlesworth mempunyai falsafah latihan: doing things harder than competition. Ini bermakna semasa dalam latihan atlet hendaklah menjalani aktivitinya lebih tinggi dari sewaktu pertandingan.

Hallam juga menasihatkan atlet bahawa dalam mencapai kejayaan, keinginan atau determination yang akan menyebabkan seseorang itu mencapai kemenangan. Jurulatih hanya menyediakan tubuh atlet untuk pertandingan, sementara atlet itu sendiri yang perlua melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan; the inner strength.

Disamping itu beliau juga memberikan falsafahnya sendiri, “if you want it you will get it.” Seseorang atlet hendaklah mempergunakan sepenuhnya kemahiran yang ada dalam diri masing-masing dan dalam sukan berpasukan, setiap orang hendaklah memberikan komitmen 100% walaupun tugas di dalam pasukan hendaklah dikongsi bersama.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

2 thoughts on “Menjana Atlet Profesional”

  1. Saya seorang ahli sukan yang aktif dalam sukan ekstrim. Saya akan mewakili Malaysia di kejohanan Asia X-game di Shanghai pada 1hb May 08 (minggu depan).Saya mengangap diri saya sebagai ahli sukan profesional kerana penyertaan saya selama ini adalah dari daya usaha sendiri, peralatan ditaja oleh sebuah syarikat tempatan yang tak ada cukup bajet sehingga tiket penerbangan untuk ke shanghai nanti terpaksa saya usahakan untuk mendapat tajaan dari institiusi lain. Bezanya dengan ahli sukan profesional sebenar cuma saya belum ada menerima pendapatan (gaji).

  2. terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerana usaha dan inisiatif anda dalam sukan yang digemari itu. kedua terima kasih kerana melawat, membaca dan meninggalkan komen. Semoga anda berjaya dalam kegiatan sukan anda walupun terpaksa melalui kepayahan dan pengorbanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s