Juara Dinobatkan Dalam Politik RTM

Malam ini Kedah mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar. Perlawanan ini boleh dianggap sebagai satu persembahan seorang Juara di majlis penganugerahan Piala Liga Super dan manisnya ia berlaku di gelanggang sendiri, di hadapan penonton sendiri dan memenangi dalam perlawanan itu walaupun permainan tidaklah sehebat mana dari kedua-dua pasukan.

Piala yang dimenangi oleh Kedah buat kali kedua berturut-turut ini disampaikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah selaku penaung Persatuan Bolasepak Kedah. Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah Ustaz Haji Azizan Razak.

Melalui siaran langsung yang disiarkan oleh RTM Saluran 1 itu, jelas nampak RTM mempolitikkan sukan yang bertentangan dengan semangat Dasar Sukan Negara. Seluruh negara yang mengikut siaran langsung itu dapat melihat dengan jelas sikap busuk hati RTM dan penerbitnya yang dengan sengaja cuba melindungi imej Menteri Besar Kedah sewaktu majlis penyampaian piala dijalankan. Pada majlis tersebut selain Tuanku Sultan mengalungkan pingat kepada pemain dan pegawai pasukan, Menteri Besar meletakkan bandana kepada pemain. Ia sebahagian dari protokol penyampaian hadiah pada malam ini. Tetapi RTM yang busuk hati itu sengaja closeup pada Tuanku dalam usaha melindungi YAB MB. Andaikata MB pada malam ini ialah dari BN sudah pasti gambar beliau akan terakam bersama seperti lazimnya dalam majlis-majlis penyampaian hadiah.

Beberapa kali kamera sengaja dialihkan dengan pantas atau switcher menukar angle apabila ternampak wajah MB. Selalunya selepas sesuatu kemenangan bukan sahaja Jurulatih diinterview tetapi juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri berkenaan tetapi tidak dibuat demikian pada malam ini. Ini adalah kerana Presiden Persatuan Bolasepak Kedah adalah seorang pemimpin parti PAS.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s