Jurulatih-jurulatih yang terlibat puna tidak bersetuju dengan cadangan tersebut seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Dengan menangguhkan pertandingan yang sudah hampir sampai penghujungnya pasti akan menimbulkan rasa keciwa kepada pemain yang tidak terlibat.
Persiapan sukan adalah satu persiapan jangkan panjang dan bukannya berlaku dalam masa satu dua bulan. Oleh itu apabila pemain direhatkan kerana penangguhan pertandingan, maka ia akan melibatkan kos yang bertambah kerana pengubahsuaian program latihan dan membentuk semula pemain khususnya dari segi fizikal.