Pasukan badminton negara hampa lagi kerana tidak berjaya membawa balik Piala Thomas dalam kempennya di Jakarta. Begitu juga rakyat Malaysia kempunan lagi untuk melihat piala berprestij badminton itu mendarat semula di Kuala Lumpur.
Adat sukan ada kalah menang. Walaupun tidak berjaya menjuarainya namun kita melihat terdapat satu pasangan baru yang boleh dipupuk sebagai pelapis kepada pemain yang sedia ada.