Berakhirnya Kemelut CYC

Akhirnya kemelut tentang Champions Youth Cup yang jadual berlangsung Ogos ini berakhir apabila FAM tidak membenarkan penganjurannya.

Keputusan dinyatakan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah itu, sekali gus menamatkan kemelut membabitkan FAM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Gifted berikutan tiada kata putus berhubung perkara itu sebelumnya.” – Berita Harian.

Apa yang berlaku ini sepatutnya menjadi satu pedoman kepada semua pihak di masa hadapan agar lebih berhati-hati untuk menganjurkan satu-satu aktiviti yang melibatkan penggunaan want rakyat dan memberi keutungan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.