
7hb Jun akan mulalah Euro 08 dengan perlawanan pembuka tirai antara Czech dan Switzerland di Basel, St Jacob Park. Perlawanan kedua ialah antara Portugal dan Turkey yang akan dilangsungkan di Stade De Geneve, Geneva. Kedua-dua perlawanan ini ialah Kumpulan A.
Di gerai tidak bankay aku tengok buku souvenir tentang Euro ni. Bagi peminat yang mempunyai hobi mengumpul buku souvenir bolehlah dibuatkan koleksi kerana perlawanan seperti ini akan menjadi satu titik dalam sejarah sukan dunia. Aku hanya membeli sebuah pocket book.