Hasil kejayaan tersebut, Kerajaan Persekutuan telah bersedia menghadiahkan sebuah sekolah sukan kepada negeri Terengganu. Demikian diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika majlis penutupan resmi SUKMA ke XII di Stadium Sultan Mizan pada 9 Jun 2008.
Perdana Menteri berkata, pembinaan sekolah sukan itu diharap dapat meningkatkan mutu sukan negara ke peringkat lebih tinggi dan cemerlang pada peringkat antarabangsa. – Berita Harian.
Dalam Temasya kali ini Terengganu telah berjaya memungut sebanyak 61 pingat emas 39 Perak dan 37 Gangsa.
Perenang dari Selangor Foo Jian Beng diumumkan sebagai atlet Lelaki terbaik sementara Marellyn Liew juga seorang perenang dari Sabah diumumkan sebagai olahragawati.
Walau bagaimanapun dalam meraikan Terengganu sebagai Juara SUKMA Edisi kali ini, kita haru juga memberikan pujian kepada negeri Perlis kerana telah menunjukkan satu peningkatan dengan memungut sebanyak 4 Emas 6 Perak dan 8 Gangsa. Walaupun berada di tangga tercorot di kalangan negeri-negeri di Malaysia, semangat juang mereka patut diberikan pujian kerana sebelum ini Perlis sering pulang dengan tangan kosong kecuali satu dua butir pingat perak dan gangsa.
Jumpa lagi di Melaka 2010.