SUKMA XII Melabuhkan Tirai

Sukan Malaysia Edisi ke XII telah labuhkan tirainya di Kuala terengganu malam tadi. Temasya sukan terbesar di Malaysia ini yang diadakan dua tahun sekali sudah berakhir dengan Terengganu mencipta sejarah tersendiri menjuarai keseluruhan pungutan pingat dengan mengenepikan nama-nama besar seperti Selangor dan Sarawak yang sering menjadi juara keseluruhan. Kejayaan negeri penyu ini membuktikan bahawa semangat mereka membuak-buak bukan setakat menjadi penganjur yang berjaya malah membuktikan bahawa sesiapa pun boleh menjadi juara jika berusaha bersungguh-sungguh. Kosmo melaporkan: Namun, apa pun yang berlaku, kredit seharusnya diberikan kepada seluruh tenaga kerja Sukma XII terutamanya Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said kerana berjaya meletakkan Terengganu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan pasukan-pasukan utama. – Kosmo.

Hasil kejayaan tersebut, Kerajaan Persekutuan telah bersedia menghadiahkan sebuah sekolah sukan kepada negeri Terengganu. Demikian diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika majlis penutupan resmi SUKMA ke XII di Stadium Sultan Mizan pada 9 Jun 2008.

Perdana Menteri berkata, pembinaan sekolah sukan itu diharap dapat meningkatkan mutu sukan negara ke peringkat lebih tinggi dan cemerlang pada peringkat antarabangsa. – Berita Harian.

Dalam Temasya kali ini Terengganu telah berjaya memungut sebanyak 61 pingat emas 39 Perak dan 37 Gangsa.

Perenang dari Selangor Foo Jian Beng diumumkan sebagai atlet Lelaki terbaik sementara Marellyn Liew juga seorang perenang dari Sabah diumumkan sebagai olahragawati.

Walau bagaimanapun dalam meraikan Terengganu sebagai Juara SUKMA Edisi kali ini, kita haru juga memberikan pujian kepada negeri Perlis kerana telah menunjukkan satu peningkatan dengan memungut sebanyak 4 Emas 6 Perak dan 8 Gangsa. Walaupun berada di tangga tercorot di kalangan negeri-negeri di Malaysia, semangat juang mereka patut diberikan pujian kerana sebelum ini Perlis sering pulang dengan tangan kosong kecuali satu dua butir pingat perak dan gangsa.

Jumpa lagi di Melaka 2010.

Sejarah SUKMA di sini.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s