Bulan ini apabila bersembang pastinya topiknya berkisar tentang Euro 2008. Kini pusingan suku akhir sudah hampir selesai dengan tinggal satu lagi perlawanan malam ini antara Sepanyol dan Itali. Sepanyol adalah Juara Kumpulan D sementara Itali Naib Juara Kumpulan C. Ada sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Sehingga Suku Akhir ketiga nampaknya semua juara kumpulan telah tewas dan Nib Juar Kumpulan mara ke pusingan Separuh Akhir. Adakah Itali akan menang dalam perlawanan Sukur Akhir keempat malam ini (pagi esok)?. Jika Itali mara bermakna menjuari kumpulan bukanlah tiket untuk kejayaan seterusnya.
Malam tadi Kedah sekali lagi mencipta kemenangan dengan meraih piala keduanya untuk musim ini iaitu Piala FA. Pasukan Kenari itu telah merangkul Piala Juara Liga Super yang juga dimenangi mereka pada musim lalu. Kini dalam perjalanan seterusnya mereka ada satu lagi piala untuk diraih iaitu Piala Malaysia. Jika pasukan pimpinan Mohammad Azrai Khor berjaya merangkul Piala Malaysia pada tahun ini, bermakna mereka mencipta satu lagi sejarah iaitu memenangi tiga piala berprestij bolasepak di Malaysia dan ia akan menjadi satu rekod yang sukar untuk diatasi. Selangor merupakan pasukan pertama menjuarai tiga pila dalam semusim dan Kedah memadamkan rekod itu dengan malakukannya pada musim lalu. Kini mereka dalam misi memburu piala ketiga yang akan memartabatkan negeri Jelapang padi itu sebagai satu lagi gergasi bolasepak negara.
Sesungguhnya kehebatan itu bukan satu perjalanan yang dekat. Ianya bermula sejak tahun 80an lagi apabila mereka mengujudkan skuad hijau kuning yang pada masa itu orang kuatnya ialah Datuk Paduka Mohd Asri bin Akil. Di samping itu satu lagi nama yang tidak boleh dilupakan dalam sejarah pembangunan bolasepak di negeri Kedah ialah Cikgu Kassim Saad dan Tuan Haji Ahmad Shafie.
TAHNIAH KEDAH DARULAMAN
kerana berjaya merangkul Piala FA 2008
Like this:
Like Loading...
Related
Author: zaharibb
I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,
View all posts by zaharibb