
Photo Credit: Kosmo online
The government has announced a new incentives for Malaysian athletes. A Gold medal in the Olympics is worth RM 1 million. This was disclosed by Deputy Prime minister, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya rasa, kerajaan telah membuat keputusan yang tepat dengan memberikan wang insentif sebanyak RM1 juta kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas,” kata Chong Wei kepada Kosmo! semalam.
“Lebih menarik, wang pencen bulanan juga meningkat dan ini sudah tentu dapat menjamin masa depan atlet selepa mereka bersara kelak.
“Tambahan pula, insentif dan wang pencen ini dapat meyakinkan ibu bapa agar menggalakkan anak-anak mereka menceburi sukan.”
Semalam, Najib mengumumkan insentif kemenangan sebanyak RM1 juta akan diberikan kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik berbanding insentif berjumlah RM160,000 sebelum ini.
Selain itu, sebanyak RM300,000 pula akan diberikan kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.
Najib turut mengumumkan pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Sukan Olimpik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 bagi gangsa (sebelum ini RM1,000).