Al Fatihah Buat Teman Seperjuangan

Sepanjang minggu lepas aku berada di Pulau Pinang atas tugas resmi. Seperti biasa melaksanakan Kursus Sains Sukan, kerja yang aku buat sejak 12 tahun yang lalu. Sewaktu berada di Pulau Mutiara, kerani aku menelefon dan memberitahu seorang rakan seperjuangan telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnalillahirojiun.

Walaupun tidak begitu rapat tetapi aku mendapati allahyarham seorang yang pendiam, tidak banyak cakap dan seorang yang baik pekertinya. Semoga sikapnya itu membantu meletakkan rohnya di kalangan orang-orang beriman di sisiNya. Baca juga sini.

Sejak aku berkhidmat telah ramai rakan seperjuangan dipanggil Ilahi untuk menemuinya. Kepada mereka itu yang telah kembali ke rahmatullah lebih awal dariku, aku mendoakan mereka dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.