
15hb Julai 2008 arena sukan negara kehilangan sebutir permata yang telah mencorakkan pembangunan sukan bolasepak khususnya di negeri Kedah Darulaman. Di zaman allahyarham memimpin sukan tersebut di negeri jelapang padilah pasukan itu mula merintis jalan ke arah menjadi juara. Bermula dengan menyuarai Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dan kini meletakkan bolasepak negeri Kedah dalam baris elit negara. Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan
Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil dengan kejayaan itu. Pada satu ketika allahyarham disisihkan dari bolasepak apabila FAM mengantung beliau dan pada masa yang sama juga Kedah kembali terumbang ambing. Hanya setelah beliau kembali memberi sumbangan mutu bolasepak Kedah kembali bersinar.
Kini arkitek pembangunan bolasepak negeri Kedah sudah kembali kepadaNya. Sumbangan allahyarham akan terus dikenang. Allahyarham kembali ke Rahmatullah akibat diserang angin ahmar pada usia 68 tahun. Klik
SINI untuk profil.
Takziah kepada keluarga Allahrayham. Al Fatihah.
Like this:
Like Loading...
Related
Author: atok zaha
I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,
View all posts by atok zaha