“MSN ketika itu ada terima tawaran syarikat yang membangunkan program sama yang mahu menjual perisian itu. Program itu digunakan untuk Sukma 2002 di Sabah dan juga 2004 di Negeri Sembilan dan keberkesanannya sudah terbukti.
“Selepas mengambil kira harga tawaran, selain sistem itu sudah terbukti berkesan pada dua temasya Sukma sebelumnya, MSN kemukakan cadangan untuk menerima tawaran membelinya daripada syarikat itu.
“Ia bertujuan supaya ia jadi milik MSN dan MSN kemudiannya mampu meminjamkannya kepada tuan rumah Sukma seterusnya,” kata Mazlan. – Berita Harian.